Page 9 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 9

CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI






                    RAJAH 1:  BILANGAN JUMLAH PEGAWAI FARMASI SETIAP TAHUN



                     750




                     500




                     250




                        0
                            2011   2012   2013   2014   2015   2016   2017  2018   2019   2020   2021


                                                           Tahun




               Pola  penambahan  bilangan  Pegawai  Farmasi  yang  berkhidmat  di  JKNS  meningkat
               bagi enam tahun pertama iaitu dari 2011 sehingga 2016 manakala terdapat penurunan

               pada  tahun  2017  seterusnya  2018  disebabkan  Pegawai  Farmasi  Provisional  telah
               dilantik  secara  kontrak  bermula  hujung  tahun  2017.  Pelantikan  kontrak  Pegawai
               Farmasi Provisional adalah tidak mengisi perjawatan sedia ada menyebabkan bilangan
               pengisian  jawatan  telah  menurun,  disamping  peletakan  jawatan  sebanyak  15  orang
               Pegawai  Farmasi  dan  seterusnya  pertukaran  ke  luar  negeri  Sarawak.  Terdapat
               peningkatan pada tahun 2019 kepada 570 orang dan seterusnya ke 608 orang pada

               tahun 2020 dan 627 pada tahun 2021 disebabkan terdapat pengisian jawatan Pegawai
               Farmasi Lantikan Kontrak yang berjaya diserap kepada lantikan tetap. Pegawai Farmasi
               Lantikan  Kontrak  mula  diluluskan  lantikan  tetap  bermula  tahun  2019  sehingga
               sekarang dengan mengisi kekosongan jawatan sedia ada. Sebanyak 8 cohort Pegawai
               Farmasi Lantikan Kontrak telah diluluskan lantikan tetap sejak 2019 sehingga 2021 yang
               melibatkan seramai 76 Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak di JKNS.
















                                                            7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14