Page 71 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 71

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI



                                    PERKHIDMATAN


                   FARMAKOKINETIK KLINIKAL






             Perkhidmatan  Farmakokinetik  Klinikal  atau  The ae¾¶ic  D ¾g  Mzoi¶z iog  (TDM)
             ditawarkan  di  semua  fasiliti  kesihatan  di  Sarawak.  Walau  bagaimanapun,  hanya  6
             fasiliti  iaitu  Hospital  Umum  Sarawak,  Hospital  Sibu,  Hospital  Miri,  Hospital  Bintulu,
             Hospital Sarikei dan Hospital Sentosa yang mempunyai peralatan untuk menjalankan
             analisa  sampel  di  hospital.  Sampel  darah  pesakit  dari  hospital  atau  klinik  kesihatan

             akan  dihantar  ke  6  hospital  berkenaan  untuk  dianalisa  dan  keputusan  ujian  akan
             dikembalikan  ke  fasiliti  yang  merujuk  untuk  interpretasi  dan  rekomendasi  oleh
             Pegawai Farmasi.


             Mulai  tahun  2018,  pihak  makmal  akan  mengambil  alih  tugas  analisa  sampel  darah

             untuk  tujuan  TDM  daripada  Farmasi  secara  berperingkat  dan  setakat  tahun  2021,
             hanya  Hospital  Miri  masih  melaksanakan  Pha macÝ  ba¨ed  analisa  sampel  untuk
             tujuan TDM.


             Jumlah analisa yang dijalankan di seluruh negeri adalah sebanyak 10,564 pada tahun
             2021, di mana sejumlah 3,313 analisa (31.4%) dijalankan di unit Farmasi manakala 7,251
             analisa (68.6%) dijalankan di makmal.






              RAJAH 11: BILANGAN ANALISA SAMPEL DARAH UNTUK TUJUAN TDM YANG
                                                    DIJALANKAN


                                     Analisa oleh Makmal             Analisa oleh Farmasi

               12,500

              10,000

               7,500
               5,000

               2,500
                    0
                          2017              2018               2019              2020               2021

                                                         Tahun


                                                           69
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76