Page 75 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 75

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI





             Kaedah Perolehan Ubat


             Bagi  tahun  2021,  peruntukan  pembangunan  dan  peruntukan  mengurus  diterima
             untuk  perolehan  ubat  dan  bukan  ubat.  Selain  itu,  Dana  Kumpulan  Wang  Amanah

             Negara (KWAN) juga diterima untuk perolehan ubat dan bukan ubat yang diperlukan
             dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


             Jumlah  perolehan  ubat  dan  bukan  ubat  pada  tahun  2021  adalah  RM396,306,458.57
             dengan      RM374,034,152.73     (94.38%)    di    bawah      peruntukan      pembangunan,

             RM15,307,043.21 (3.86%) di bawah peruntukan mengurus dan RM6,965,262.63 (1.76%) di
             bawah dana KWAN.




              JADUAL 37: STATISTIK PERBANDINGAN PERBELANJAAN MENGIKUT JENIS
                                        PERUNTUKAN PADA TAHUN 2021

















              Bagi peruntukan mengurus, 19.96% daripada nilai perolehan ubat dan bukan ubat bagi
              peruntukan  mengurus  adalah  melalui  syarikat  konsesi,  51.18%  melalui  kontrak  pusat/
              sebut harga berpusat dan 28.86% melalui pembelian terus / sebutharga peringkat PTJ.



              Jumlah  perolehan  ubat  adalah  RM13,722,558.52  dengan  RM12,775,237.00  (93.1%)
              diperoleh untuk kegunaan hospital dan RM947,321.52 (6.9%) diperoleh untuk kegunaan
              klinik  kesihatan.  Secara  perbandingan,  RM13,722,558.52  (89.6%)  digunakan  untuk
              perolehan  ubat  dan  yang  selebihnya,  RM1,584,484.69  (10.4%)  digunakan  untuk
              perolehan bukan ubat.















                                                           73
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80