Page 91 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 91
CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
PENGURUSAN UBAT COVID-19
SEMASA PANDEMIK COVID-19
Sejak bermulanya pandemik COVID-19, fasiliti kesihatan KKM di Sarawak telah
melaporkan peningkatan permintaan terhadap ubat-ubatan yang diperlukan dalam
rawatan COVID-19 berikutan peningkatan kemasukan pesakit ke hospital akibat
jangkitan COVID-19 di Sarawak. Kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU)
menunjukkan peningkatan terutamanya pada tahun 2021 apabila Sarawak dilanda
teruk dengan varian Delta. Pada masa yang sama, pusat rawatan COVID di Sarawak
juga melaporkan kekurangan ubat-ubatan yang ketara akibat daripada gangguan stok
global dan sekatan logistik semasa perintah kawalan pergerakan.
Tambahan pula, pilihan ubat yang digunakan dalam rawatan COVID-19 juga sentiasa
berubah (Rajah 28). Garis panduan pengurusan klinikal Jangkitan COVID-19 kerap
dikemaskini berdasarkan penilaian kritikal terhadap literature yang pesat membangun.
Justeru itu, Farmasi menghadapi cabaran yang besar dalam pengurusan bekalan ubat
demi memastikan ketersediaan stok ubat yang mencukupi di samping mengelakkan
lebihan stok akibat pengeluaran ubat secara tiba-tiba daripada garis panduan rawatan.
RAJAH 28: PERALIHAN LANDSKAP RAWATAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI
TAHUN 2020 KEPADA 2021
TAHUN 2020 TAHUN 2021
Hydroxychloroquine Casirivimab/imdevimab
Chloroquine (Ronapreve)
Favipiravir Dexamethasone
Interferon Beta-1b Methylprednisolone
Lopinavir/Ritonavir Remdesivir
Tocilizumab Baricitinib
Atazanavir Tocilizumab
Ritonavir
89