Page 94 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 94

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI



                                 PENERIMAAN DAN


             PENGGUNAAN VAKSIN COVID-19






             Program  Imunisasi  COVID-19  Kebangsaan  (PICK)  bermula  pada  bulan  Februari  2021
             dengan  penerimaan  COMIRNATY  Concentrate  for  Dispersion  for  Injection  sebanyak
             23,400 dos pada penerimaan pertama. CFLN Sarawak, PFB Sri Aman, PFB Sarikei, PFB
             Sibu, PFB Miri, PFB Limbang dan Hospital Bintulu adalah Pusat Simpanan Vaksin (PSV)
             yang  dikenalpasti  dalam  penerimaan  COMIRNATY  Concentrate  for  Dispersion  for
             Injection  dari  pembekal  iaitu  Pfizer  (Malaysia)  Sdn  Bhd.  PSV  menerima  sejumlah
             2,873,520  dos  dari  syarikat  pembekal.  Vaksin  tersebut  disimpan  dalam  Ultra  Low

             Temperature Freezer (ULTF) pada suhu -90°c sehingga -60°c.


             PSV  juga  menerima  sejumlah  81,900  dos  COMIRNATY  Concentrate  for  Dispersion  for
             Injection  dari  Hospital  Queen  Elizabeth,  Sabah  dan  35,100  dos  COMIRNATY
             Concentrate  for  Dispersion  for  Injection  dari  Kem  Penrissen,  Kuching  di  bawah

             Angkatan Tentera Malaysia pada bulan November – Disember 2021 bagi menampung
             keperluan  pemberian  dos  penggalak  pertama.  Jumlah  dos  yang  diterima  oleh  PSV
             sepanjang tahun 2021 adalah 2,990,520 dos.


             Bagi  menampung  keperluan  program  PICK  di  negeri  lain,  penghantaran  vaksin  ke
             fasiliti  kesihatan  negeri  Sabah  dan  Wilayah  Persekutuan  Labuan  telah  dilaksanakan.
             Pada bulan Jun 2021, sejumlah 8,100 dos COMIRNATY Concentrate for Dispersion for
             Injection  telah  dihantar  ke  fasiliti  kesihatan  Wilayah  Persekutuan  Labuan.  Manakala,

             sejumlah  99,450  dos  COMIRNATY  Concentrate  for  Dispersion  for  Injection  telah
             dihantar ke fasiliti kesihatan di negeri Sabah.

























                                                           92
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99