Page 9 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 9
CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI
RAJAH 1: BILANGAN JUMLAH PEGAWAI FARMASI SETIAP TAHUN
750
500
250
0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021
Tahun
Pola penambahan bilangan Pegawai Farmasi yang berkhidmat di JKNS meningkat
bagi enam tahun pertama iaitu dari 2011 sehingga 2016 manakala terdapat penurunan
pada tahun 2017 seterusnya 2018 disebabkan Pegawai Farmasi Provisional telah
dilantik secara kontrak bermula hujung tahun 2017. Pelantikan kontrak Pegawai
Farmasi Provisional adalah tidak mengisi perjawatan sedia ada menyebabkan bilangan
pengisian jawatan telah menurun, disamping peletakan jawatan sebanyak 15 orang
Pegawai Farmasi dan seterusnya pertukaran ke luar negeri Sarawak. Terdapat
peningkatan pada tahun 2019 kepada 570 orang dan seterusnya ke 608 orang pada
tahun 2020 dan 627 pada tahun 2021 disebabkan terdapat pengisian jawatan Pegawai
Farmasi Lantikan Kontrak yang berjaya diserap kepada lantikan tetap. Pegawai Farmasi
Lantikan Kontrak mula diluluskan lantikan tetap bermula tahun 2019 sehingga
sekarang dengan mengisi kekosongan jawatan sedia ada. Sebanyak 8 cohort Pegawai
Farmasi Lantikan Kontrak telah diluluskan lantikan tetap sejak 2019 sehingga 2021 yang
melibatkan seramai 76 Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak di JKNS.
7