Page 24 - 马佛青55周年特刊
P. 24
献
词
mampu mengharungi cabaran global. Saya menggalakkan peningkatan
penyertaan belia wanita dalam jawatan strategik kerana kepelbagaian
perspektif mereka akan memperkaya hala tuju organisasi.
Kepimpinan yang inklusif dan responsif adalah kunci untuk memastikan
pertubuhan belia terus relevan dan berpengaruh.
Di samping itu, kerjasama erat antara kerajaan, pertubuhan belia dan
masyarakat sivik amat kritikal dalam memacu agenda pembangunan negara.
YBAM telah menunjukkan contoh terbaik melalui program yang menyokong
perpaduan, pembangunan sahsiah dan kecemerlangan belia.
Nilai-nilai murni yang dipegang teguh dalam kalangan ahli YBAM
seperti sikap saling menghormati dan komitmen kepada kemajuan Bersama
adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk membina masyarakat yang
harmonis dan sejahtera.
Sebagai penutup, saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan
kepada YBAM atas sumbangan bernilai selama 55 tahun. Semoga YBAM
terus menjadi inspirasi kepada belia Malaysia, terus berkembang dengan
program yang berpaksikan kepentingan nasional, dan bersama-sama
menyokong aspirasi Malaysia yang inklusif dan progresif.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-55 YBAM. Semoga terus
gemilang dan memberikan impak besar kepada negara!
Sekian, terima kasih.
YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
22