Page 23 - 马佛青55周年特刊
P. 23

Menteri Belia dan                                                                                  Message


              Sukan Malaysia

              YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan





                                    aya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat
                                S Menyambut Ulang  Tahun Ke-55 kepada Persatuan Belia
                            Buddhist Malaysia (YBAM). Pencapaian ini merupakan suatu tonggak
                            sejarah yang membanggakan, mencerminkan kesungguhan dan konsistensi
                            YBAM dalam membina generasi belia yang berkualiti untuk negara.
                                Tahniah saya ucapkan kepada  YBAM atas 55 tahun dedikasi
                            dan komitmen dalam  melahirkan  belia yang berintegriti,  berdisiplin
                            dan berpegang teguh pada nilai-nilai murni universal. Keberhasilan
                            YBAM  sebagai  salah  sebuah  pertubuhan  belia  terkemuka  di  negara
                            ini membuktikan peranan pentingnya dalam memupuk keseimbangan
                            jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta menyatukan belia pelbagai latar
                            belakang.
                                Saya turut menghargai usaha YBAM sebagai platform pembangunan
                            belia yang melahirkan pemimpin berwibawa, aktif dalam khidmat
                            komuniti dan peka kepada keperluan semasa.
                                Belia adalah peneraju transformasi negara. Selaras dengan visi
                            Kerajaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) cukup komited
                            dalam memperkasa belia melalui inisiatif seperti program Rakan Muda
                            yang telah diperkasa semula bagi menyokong potensi, kepimpinan dan
                            kesukarelawanan belia.
                                Saya menyeru semua pihak berganding bahu dengan KBS untuk
                            merealisasikan matlamat membentuk belia yang berdaya saing, progresif
                            dan bertanggungjawab sosial.
                                Aspek kesinambungan kepimpinan juga perlu diberikan perhatian
                            serius. Organisasi belia seperti  YBAM wajar menjadi perintis dalam
                            melatih generasi pemimpin muda yang dinamik, berfikiran inovatif dan





                                                                                                                  21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28