Page 13 - latihan bm ting 4 dis 2020
P. 13

(iv) Minat membaca dalam kalangan golongan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan.
                       Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda membantu anak-anak anda untuk memupuk minat
                       membaca?                                                                      [4 markah]










                    Novel
                   (i)  Baca  petikan  novel  di  bawah  dengan  teliti,  kemudian  jawab  soalan  yang  berikutnya  dengan
                       menggunakan ayat anda sendiri.
                                                                                        Latihan minggu

                                                                                   14.12.2020 – 18.12.2020

                      “Baiklah, terima kasih atas pujian kau,” kata Rosman sambil tersenyum nakal. Shida memang
                      lekas  merajuk  dan  Rosman  memang  gemar  mengusiknya.  “Kanak-kanak  sekalian,  jangan
                      bergaduh ya. Kita nak teliti kontrak ni sampai habis malam ni juga.” Farisha cuba meredakan
                      situasi. “Aku perlu hantar kontrak ni dengan segera nanti. Ayu, jangan pula nak muncung-
                      muncung!” Mereka bertiga membaca penuh teliti setiap helaian kontrak yang telah disediakan
                      oleh bahagian perundangan syarikat Sof Lab. Dalam hal-hal sebegini, Shida kerap dijemput
                      sama untuk berkongsi buah fikiran kerana dia memiliki latar belakang undang-undang.
                      Farisha selalunya akan memberikan sedikit ganjaran untuk pertolongannya.

                                                    (Dipetik daripada novel “Di Sebalik Dinara” karya Dayang Noor,
                                                                             Kementerian Pendidikan Malaysia)

                Siapakah yang berbincang di pejabat Secured Shell dan meneliti kontrak yang disediakan oleh
                bahagian perundangan Soft Lab kepada mereka?                                        [4 markah]






                   (ii)  Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
                       (a)  Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib
                       (b)  Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
                       (c)  Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
                       (d)  Pantai Kasih karya Azman Nordin

                Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang
                menarik minat pembaca.                                                              [6 markah]


                                                               13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18