Page 8 - latihan bm ting 4 dis 2020
P. 8

Latihan minggu
                    Sintaksis                                                    07.12.2020 – 11.12.2020

                Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
                bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

                Menabung mendatangkan pelbagai faedah kepada kita. Kita tidak dapat menafikan bahawa kita akan
                mendapat keuntungan melalui amalan menabung. Apabila kita menyimpan wang di dalam bank,
                kita akan dibayar faedah. Faedah ini akan menjadikan wang tabungan kita bertambah. Seperkara lagi,
                amalan menabung mendidik kita berjimat cermat. Kita akan lebih hemat berbelanja dengan amalan
                menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum berbelanja, kita akan membuat perancangan
                terlebih dahulu sebelum membeli barang di pasar raya.
                                                                                                  [ 6 markah]










                    Penyuntingan
                Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
                bahasa.  Senaraikan  dan  betulkan  kesalahan-kesalahan  itu.  Bagi  setiap  petikan  anda  tidak  boleh
                menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
                perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

                Petikan 1:
                Walau  pun  sambutan  Hari  Belia  Negara  2015  dilaksanakan  dalam  skala  yang  lebih  kecil
                berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
                telah Berjaya membawa satu gelombang baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari  Belia.
                Kita mula laksanakan festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia
                tahunan ini telah menarik minat golongan belia daripada seluruh negara untuk datang ke Putrajaya.
                Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan Hari Belia Negara telah
                membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan percaya bahawa menerusi pendekatan “Dari
                Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih cemerlang.
                                                                                                   [6 markah]

                              Betul                                         Salah
















                                                               9
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13