Page 5 - latihan bm ting 4 dis 2020
P. 5

Latihan minggu

                                                                                07.12.2020 – 11.12.2020
                Domain Peribadi

                    Permainan  tradisional  telah  berupaya  membentuk  sebahagian  daripada  kehidupan  yang
                    dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
                    tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan
                    harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi
                    ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak dari kecil
                    lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
                    berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
                    sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan
                    antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

                                               (Sumber:  https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/
                                                                             permainan-tradisional-melayu)


                Petikan di atas menyatakan masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
                daripada pelbagai keturunan. Salah satunya ialah permainan tradisional.

                Huraikan pendapat anda tentang peranan yang dapat dimainkan oleh generasi muda untuk
                mempromosikan permainan tradisional di Malaysia.































                                                               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10