Page 4 - latihan bm ting 4 dis 2020
P. 4
Karangan Respons Terbuka
Latihan minggu
Bahagian B (70 Markah)
30.11.2020 – 04.12.2020
Domain Awam
Maklumat di atas menunjukkan catatan pengalaman sukarelawan semasa negara menghadapi
pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, anda juga turut berpeluang menjadi salah seorang
sukarelawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan tersebut.
“Kami menjadikan ibu pejabat kami, sebagai bilik gerakan COVID-19 sejak 27 Mac untuk
memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Buat masa ini kami mempunyai lebih 100 anggota PBSM dan sukarelawan di sini untuk
membantu kami,” kata pengerusinya Song Kee Chai.
Berkongsi pengalaman PBSM dalam menangani krisis COVID-19, Song berkata sehingga kini
mereka telah menyediakan bantuan makanan dapur kepada lebih 7,000 keluarga.
“Kami menerima sumbangan daripada Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-Barang Kitar
Semula India Malaysia (MIMTA), ahli-ahli dermawan dan juga dari rumah-rumah ibadat.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/522709
3