Page 7 - latihan bm ting 4 dis 2020
P. 7
Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahagian A (35 Markah) Latihan minggu
30.11.2020 – 04.12.2020
Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata sendi nama
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa haruslah saling menghormati agama, budaya dan adat resam
masing-masing berteraskan sejarah, perlembagaan dan Rukun Negara. Dalam era Revolusi Industri 4.0,
kita tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk berbalah mengenai perkara asas yang telah
disetujui. Kita perlu bersama-sama berfikir dan bertindak untuk terus memajukan negara dari
pelbagai aspek ekonomi, teknologi, pendidikan dan budaya tanpa meminggirkan kesejahteraan
rakyat dan alam sekitar.
(Sumber: Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar,
Dewan Kosmik Bil. 9/2019)
[8 markah]
Kata Nama Am Kata Sendi Nama
8