Page 60 - EBOOK PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MBK S&T
P. 60

LAPORAN TAHUNAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (PIHAK PEKERJA) SAINS DAN
               TEKNOLOGI DALAM KUMPULAN PELAKSANA SESI 2022 – 2024.

               Laporan Seketariat


                   1.  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MBK S & T
                       1.1    Bagi  sesi  2022  –  2024  Pihak  sekretariat  telah  melaksanakan  pelbagai

                              usaha untuk mengerakkan fungsi sebenar Majlis Bersama Kebangsaan ini.
                              Pelbagai  mesyuarat,  rundingan  dan  bengkel  di  sertai  dan  dijalankan

                              demi    menyampaikan        suara    gabungan      ke    peringkat    Jabatan
                              Perkhidmatan Awam Malaysia.



                       1.2    Pada Sesi kali ini juga, telah berlakunya sesi semakan dan penyelarasan
                              semula  gaji  penjawat  awam  serta  Kajian  “Sistem  Saraan  Penjawat
                              Awam” yang baru yang akan di umum kelak pada penghujung 2024.



                       1.3    Laporan Sekratariat Kali ini dibahagikan kepada beberapa bahagian :


                              1.3.1  Keputusan      Pembentangan        kertas    kerja    Majlis   Bersama
                                     Kebangsaan Sains & Teknologi bagi Bil 1 Tahun 2022.

                              1.3.2  Tajuk  Kertas  Kerja  yang  di  bawa  pada  mesyuarat  Majlis  Bersama
                                     Kebangsaan (Pihak Pekerja) Sains & Teknologi Bil 1Tahun 2023 dan

                                     Tindakan.
                              1.3.3  Senarai Isu dan cadangan yang di bawa daripada wakil pekerja

                                     pada  sesi  libat  urus  war  room  Jabatan  Perkhidmatan  Awam
                                     Malaysia  untuk  isu-isu  terkait  dalam  “Sistem  Saraan  Perkhidmatan

                                     Awam” yang baru.
                              1.3.4  Senarai  dan  tarikh  mesyuarat-mesyuarat  yang  di jalankan  dan  di

                                     hadiri oleh ahli majlis atau gabungan.
                              1.3.5  Lain-lain   laporan    tambahan       pergerakan      Majlis   Bersama

                                     Kebangsaan Sains & Teknologi.


                       1.4    Lampiran Informasi baru Berkaitan Pihak Pekerja.








                                                             54
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65