Page 35 - LAPORAN EKSEKUTIF KAJIAN PENILAIAN IMPAK HARGA UBAT-UBATAN
P. 35

LAPORAN EKSEKUTIF KAJIAN PENILAIAN IMPAK HARGA UBAT-UBATAN YANG DIBELI SECARA
                          PEROLEHAN BERSAMA (POOLED PROCUREMENT) DI SEKTOR AWAM 2023



               b)      Ubat dengan nilai tiada penjimatan mengikut kementerian



                       Nilai  tiada  penjimatan  bagi  ketiga-tiga  kementerian  ini  berlaku  kerana  terdapat
                  kenaikan harga ubat yang dibeli semasa perolehan bersama dan perubahan perolehan

                  kepada produk inovator semasa perolehan bersama. Contoh kenaikan harga yang berlaku

                  bagi ubat inovator jenama sama adalah terdapat kenaikan harga RM0.36/tab bagi ubat
                  Dutasteride 0.5mg Tablet bagi fasiliti KKM. Perubahan perolehan produk generik kepada

                  produk  inovator  semasa  perolehan  bersama  kebanyakannya  berlaku  di  KPT  contohnya

                  perubahan  perolehan  ubat  generik  Mycophenolate  Mofetil  500mg  (jenama  Mycofit)

                  sebelum perolehan bersama kepada perolehan Mycophenolate Mofetil 500mg (jenama

                  Cellcept) semasa perolehan bersama (rujuk Jadual 3).


                       Ubat inovator Calcipotriol & Betamethasone 50mcg/gm + 0.5mg/gm adalah contoh
                  ubat yang tersenarai dalam 5 ubat yang tiada nilai penjimatan bagi ketiga-tiga kementerian.

                  Manakala ubat generik Fentanyl Transdermal Patch 25mcg/h dan Sodium Chloride 0.9%

                  w/v For Irrigation 3000ml tersenarai dalam 5 ubat dengan tiada nilai penjimatan di KKM

                  dan KPT.



































                                                                                                       24
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40