Page 40 - LAPORAN EKSEKUTIF KAJIAN PENILAIAN IMPAK HARGA UBAT-UBATAN
P. 40
LAPORAN EKSEKUTIF KAJIAN PENILAIAN IMPAK HARGA UBAT-UBATAN YANG DIBELI SECARA
PEROLEHAN BERSAMA (POOLED PROCUREMENT) DI SEKTOR AWAM 2023
5.2.2 Perbezaan harga berdasarkan perubahan jenama produk
Berlaku perbezaan penurunan harga yang ketara dan signifikan (p<0.05) hasil dari
perolehan perubahan jenama produk inovator kepada generik, sebagaimana MINDEF
memperolehi perbezaan harga yang tertinggi iaitu sebanyak 80.6% atau RM9.48 (IQR:
RM3.81 – RM52.39), diikuti dengan KPT dengan perbezaan harga 69.9% atau RM6.11 (IQR:
RM2.60 – RM11.05) dan KKM dengan perbezaan harga 48.4% atau RM5.15
(RM0.90 – RM7.17). Manakala penurunan harga bagi jenama berbeza untuk perolehan
generik kepada generik yang lain, MINDEF juga mendapat penurunan harga yang tertinggi
dengan nilai RM5.90 (IQR: RM5.40 – RM14.38). Perolehan produk generik kepada
inovator menunjukkan penurunan harga terutamanya di KPT sebanyak RM0.43 (IQR:
RM0.38 – RM0.48).
Perolehan jenama sama bagi produk inovator kepada inovator yang sama
menunjukkan penurunan harga tertinggi diperolehi oleh KPT sebanyak 15.6% atau RM2.86
(IQR: RM0.42 – RM12.27) seperti di Jadual 5.
Manakala bagi peningkatan harga berlaku pada perolehan generik kepada inovator
(jenama berbeza) hanya berlaku di KPT dengan peningkatan harga sebanyak RM1.75
(IQR:RM1.52 - RM2.63) seperti di Jadual 6.
Perolehan jenama sama bagi produk inovator kepada inovator yang sama berlaku di
ketiga-tiga kementerian, KKM mengalami peningkatan harga yang tertinggi dengan
sebanyak RM0.71 (IQR: RM0.20 - RM2.83), diikuti dengan KPT sebanyak RM0.40 (IQR:
RM0.15 - RM0.64) dan MINDEF dengan peningkatan harga sebanyak RM0.08 (IQR: RM0.02
- 1.95). KKM dan KPT juga mengalami peningkatan harga bagi perolehan produk generik
kepada generik yang sama jenama dengan median peningkatan harga masing-masing
sebanyak RM0.65 (IQR: RM0.03 - RM4.17) dan RM0.59 (IQR: RM0.10 - RM1.81).
29