Page 116 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 116

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                                  BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025

                   Prosedur Membawa Murid Menyertai Aktiviti Luar Bilik Darjah

                    A.      Lawatan Sambil Belajar/Kem Motivasi/Perkhemahan Murid
                            1.    Tulis surat permohonan/kertas kerja untuk mengadakan aktiviti kepada Guru
                                  Besar.
                            2.    Lengkapkan  Borang  Pelancongan  Sekolah  (PS  I,  PS  2,  PS  3),  penyata
                                  kewangan dan senarai nama dan hantar ke Jabatan enam minggu sebelum
                                  tarikh aktiviti. (Rujuk Lampiran)
                            3.    Borang yang telah diluluskan oleh pihak jabatan perlu dihantar kepada pihak
                                  polis/JPN berkenaan (Rujuk Borang PS 1) sebelum aktiviti dijalankan.
                            4.    Surat  kebenaran  ibu  bapa  perlu  diedarkan  kepada  murid.  Pastikan  surat
                                  kebenaran  ditandatangani  oleh  guru  sebelum  diedarkan.  Keratan  jawapan
                                  yang  telah  ditandatangani  oleh  ibu  bapa  perlu  dikembalikan  kepada  guru
                                  sama ada ibu bapa membenarkan atau tidak membenarkan anak menyertai
                                  aktiviti.  Keratan  jawapan  ini  perlu  dibawa  bersama-sama  semasa  aktiviti
                                  dijalankan.
                            5.    Serahkan satu set Borang Pelancongan yang telah diluluskan oleh jabatan
                                  kepada GPKHEM.
                            6.    Senarai nama Murid yang menyertai aktiviti perlu dimasukkan ke dalam fail
                                  “Senarai Murid Menyertai Aktiviti Luar” di bilik GPKHEM.
                            7.    Maklumkan kepada Guru Darjah jika aktiviti melibatkan hari persekolahan.
                            8.    Maklumkan kepada pihak sekolah jika aktiviti tersebut dibatalkan atas sebab
                                  tertentu.


                    B.      Aktiviti Kokurikulum/Pertandingan
                            1.    Guru perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mengadakan aktiviti.
                            2.    Guru Penasihat perlu melengkapkan Borang Penyertaan Kokurikulum dalam
                                  3 salinan (Papan Notis Bilik Guru/Fail Penyertaan Aktiviti/Fail Persatuan).
                            3.    Setiap aktiviti perlu diawasi/diiringi oleh guru sepanjang masa.
                            4.    Maklumkan  kepada  Guru  Darjah  sekiranya  aktiviti  dijalankan  pada  hari
                                  persekolahan.
                            5.    Semua  aktiviti  yang  dijalankan  semasa  cuti  sekolah  perlu  dimaklumkan
                                  kepada pentadbir.
                            6.    Maklumkan kepada sekolah sekiranya aktiviti tersebut dibatalkan atas sebab
                                  tertentu.















                   106                                                                                                  SKDK1_Redesign SCAAP
                   #14kearahkaramahinsaniah
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121