Page 128 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 128

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                                  BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025

                   Perincian Tugas
                   Setiausaha Kokurikulum & Penolong Setiausaha Kokurikulum
                   1.   Merancang dan melaksanakan program kokurikulum sekolah.
                   2.   Mencatat minit mesyuarat kokurikulum sekolah.
                   3.   Menyediakan kertas kerja aktiviti kokurikulum.
                   4.   Menyediakan catatan dan laporan aktiviti kokurikulum sekolah yang berkaitan.
                   5.   Merancang, mengurus dan melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum.
                   6.   Membantu dan bersama GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum.
                   7.   Memastikan semua guru kelas menyiapkan pengisian PAJSK mengikut tarikh yang ditetapkan.
                   8.   Merancang aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
                   9.   Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh JPWPKL/PPDS/Guru Besar/GPK
                         Kokurikulum.

                   Setiausaha Sukan & Penolong Setiausaha Sukan
                   1.   Merancang dan menjalankan aktiviti sukan sekolah.
                   2.   Menyediakan kelengkapan sukan dan segala kemudahan bagi menjalankan aktiviti sukan.
                   3.   Merekod dan mengurus semua penerimaan/pemulangan dalam Kad Harta Modal, Kad Inventori
                         dan Buku Stok Pejabat termasuk buku log penggunaan peralatan.
                   4.   Menyediakan jadual aktiviti sukan sekolah.
                   5.   Merancang dan melahirkan atlet sukan melalui projek pembentukan bakat.
                   6.   Merancang dan menjalankan latihan untuk ahli Quartermasters.
                   7.   Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
                   8.   Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh JPWPKL/PPDS/ Guru Besar /GPK
                         Kokurikulum.

                   Penyelaras
                   1.   Menyelaras pelaksanaan aktiviti.
                   2.   Membantu perjalanan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
                   3.   Mengemaskini pengisian data kehadiran dan pencapaian murid bersama JK dari masa ke
                         semasa.
                   4.   Menyiapkan laporan aktiviti  setiap Sukan Permainan/Badan Beruniform/Persatuan/Kelab
                         yang berkaitan setiap minggu untuk diserahkan kepada GPK Kokurikulum.
                   5.   Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh JPWPKL/PPDS/ Guru Besar /
                         GPK Kokurikulum.

                   Guru Penasihat
                   1.   Melaksanakan Mesyuarat Agung.
                   2.   Membuat persediaan Hari Pendaftaran Kokurikulum, menyemak pendaftaran keahlian dan
                         mendaftar keahlian untuk diserahkan kepada GPK Kokurikulum.
                   3.   Menyediakan Perancangan Strategik Operasi (PSO) untuk tempoh tiga tahun (2023-2025).
                   4.   Merancang aktiviti, takwim tahunan, Carta Gantt dan senarai AJK selepas Mesyuarat Agung
                         dilaksanakan.
                   5.   Menyediakan dan menghantar laporan aktiviti dan menandatangani rumusan kehadiran bagi
                         setiap kali perjumpaan.
                   6.   Melatih dan menyediakan ahli untuk penyertaan dan pertandingan bagi peringkat sekolah/
                         PPDS/JPWPKL. Membuat penilaian setiap ahli dan menyerahkan kepada penyelaras.
                   7.   Memastikan buku kehadiran dan laporan aktiviti murid dicatat bagi persediaan maklumat sijil
                         kokurikulum dan markah kokurikulum murid.
                   8.   Menyimpan fail dan buku laporan di bilik data.
                   9.   Melengkapkan fail pengurusan dan menyerahkan kepada GPK Kokurikulum pada akhir tahun.
                   10. Menyediakan laporan aktiviti/pertandingan/lawatan.
                   11. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh JPWPKL/PPDS/ Guru Besar
                   /GPK

                   117                                                                                                  SKDK1_Redesign SCAAP
                   #14kearahkaramahinsaniah
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133