Page 129 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 129
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
Kokurikulum.
Pengurus Pasukan
1. Menyenaraikan nama murid yang terlibat untuk diedarkan kepada guru kelas yang terlibat
sebelum menyertai pertandingan/lawatan.
2. Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/penjaga (simpanan pengurus dan satu salinan untuk
sekolah).
3. Membuat persediaan untuk mengadapi pertandingan.
4. Membuat tuntutan kewangan bagi murid yang mewakili sekolah untuk pertandingan zon/negeri.
5. Menjaga/mengawal disiplin murid semasa latihsn pertandingan/lawatan
6. Menyerahkan nama guru pengiring kepada GPK Kokurikulum dua hari sebelum pertandingan
7. Memastikan pakaian sukan (seluar trek, baju t-shirt sekolah dan berkasut), tingkahlaku dan
rambut murid berkeadaan terbaik semasa latihan dan hari pertandingan/lawatan.
8. Memastikan penghantaran pulang murid dengan sempurna setiap kali selepas pertandingan.
9. Memastikan semua peralatan sukan dipulangkan semula kepada Setiausaha Sukan selepas
pertandingan.
10. Menyediakan laporan keputusan pertandingan tiga hari selepas pertandingan dengan
menggunakan borang yang disediakan.
11. Mengurus pemain yang terpilih untuk mewakili MSSM Zon dan Negeri.
12. Memastikan keselamatan murid diutamakan sepanjang masa.
13. Melengkapkan fail pasukan sekolah dan serahkan kepada Setiausaha Sukan akhir tahun.
Jurulatih
1. Menjalankan proses pemilihan.
2. Menyediakan jadual latihan.
3. Mengambil kedatangan murid (latihan).
4. Melatih murid berdasarkan jadual yang dirancang.
5. Memastikan disiplin terkawal dari segi masa, pakaian, rambut dan tingkah laku.
6. Membuat persediaan yang selengkapnya dari segi fizikal mental dan kerohanian murid .
7. Memastikan keselamatan murid diutamakan sepanjang masa.
Guru Pengiring Pertandingan/Lawatan
1. Mengawal disiplin pemain dan murid.
2. Membantu pengurus dan jurulatih dalam hal umum.
3. Berada bersama murid dan pasukan yang diiringi sepanjang lawatan, kejohanan dan
pertandingan.
4. Memastikan murid dihantar pulang ke sekolah dengan selamat.
5. Memastikan pakaian, tingkah laku dan rambut murid berkeadaan terbaik semasa pertandingan
dan lawatan.
6. Memastikan keselamatan murid diutamakan sepanjang masa.
7. Menyediakan laporan pertandingan dan lawatan.
Guru Bertugas Pertandingan Zon/Negeri/Kebangsaan
1. Menyerahkan satu salinan surat perlantikan kepada Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK
Kokurikulum.
2. Menyediakan latihan/kerja untuk kelas yang ditinggalkan.
Guru Pemimpin/Guru Penasihat
1. Mendaftarkan Pasukan Sukan Permainan, Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan kepada
Guru Besar atau Badan Induk.
2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
3. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
4. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
5. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
118 SKDK1_Redesign SCAAP
#14kearahkaramahinsaniah