Page 92 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 92
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
Guru Darjah
Guru Perpustakaan
Semua Guru Bahasa Melayu
Semua Guru Bahasa Inggeris
Perincian Tugas
1. JK Pengurusan Kurikulum Sekolah
a. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang tiga kali setahun.
b. Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kurikulum.
c. Merancang dan mengurus pengoperasian dan pengurusan sumber kurikulum.
d. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan kurikulum.
e. Merancang, memantau, menilai dan menambah baik pelaksanaan program dan aktiviti
kurikulum.
f. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan.
g. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kurikulum.
h. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan PBS.
i. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPM.
j. Melaksanakan amalan MMI.
2. JK Jadual Waktu
a. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
b. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
c. Mengagihkan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
d. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
e. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
f. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
g. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
h. Membuat pindaan jika perlu.
i. Memaparkan di pejabat, bilik guru dan papan kenyataan untuk makluman semua.
j. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar, GPK, KP dan satu
salinan disimpan dalam fail kurikulum.
3. JK Jadual Ganti
a. Menyediakan guru ganti bagi guru yang tiada di sekolah pada hari tersebut.
4. JK Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
a. Menubuhkan jawatankuasa penjaminan kualiti PBS yang melibatkan aktiviti
pementoran,
b. pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.
c. Memastikan semua murid memiliki pelaporan akhir PBS.
d. Memastikan pentaksiran dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
e. Menyediakan dan memantau perjalanan pentaksiran dan pelaporan dua kali setahun.
f. Memastikan penyelarasan skor di peringkat sekolah dilaksanakan.
g. Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid dan ibu bapa/penjaga yang
ditaksir dan murid menandatangani borang skor individu bagi setiap pentaksiran.
h. Memastikan pentaksir melaporkan tahap penguasaan murid dalam PBD menggunakan
templat pelaporan secara luar talian yang digunakan mengikut tahun semasa di
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
i. Menyediakan fail pengurusan PBS.
k. Menyediakan laporan pencerapan dan pemantauan.
l. Menyediakan analisis pentaksiran keseluruhan.
83 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah