Page 93 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 93
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
5. JK Pentaksiran dan Peperiksaan
a. Memastikan infrastruktur dan kelengkapan fizikal bagi pelaksanaan mata pelajaran
dengan komponen pentaksiran pusat telah dilengkapkan sebelum menawarkan mata
pelajaran berkenaan.
b. Mengendalikan pentaksiran pusat bagi calon sekolah.
c. Mengemukakan permohonan calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat
kepada Pengarah Pendidikan, JPWPKL.
d. Menghantar skor Pentaksiran Pusat ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut tarikh yang
telah ditetapkan.
e. Menyimpan dokumen skor dan bahan bukti enam bulan selepas tarikh pengumuman
keputusan peperiksaan.
f. Selepas tempoh penyimpanan tamat, menyerahkan bahan bukti kepada calon yang
memerlukannya.
g. Mengeluarkan pelaporan pencapaian calon selewat-lewatnya pada tarikh pengumuman
keputusan.
6. JK Induk Pusat Sumber Sekolah (PSS)/Media
a. Mengendali, mengurus dan menyelaras tugas PSS (ABM/PD/Bahan Bercetak)
b. Mengemaskini stok dan simpanan buku/alat/perisian dalam keadaan baik dan terurus.
c. Melantik perpustakawan, menyusun jadual bertugas dan melatih perpustakaan.
d. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.
e. Merancang, menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh JPN, BTP, Program Peningkatan
Penggunaan Perpustakaan.
f. Mengambil bahagian dalam pertandingan yang berkaitan.
g. Mempertingkatkan kebersihan, keceriaan dan keindahaan PSS.
7. JK Kerja Pusat Sumber Sekolah (PSS)/Media
a. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
b. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
c. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa
Induk.
d. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
e. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
f. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
g. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang
terdapat di Pusat Sumber.
8.. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan
swasta
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
9. JK Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
a. Membantu GPM merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM peringkat
sekolah.
b. Menyimpan segala rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
c. Menyelaraskan perjalanan mesyuarat dan hal yang berkaitan.
d. Mempamer data dan maklumat di Sudut NILAM yang wujud di sekolah.
e. Mengumpulkan maklumat kertas kerja, laporan dan bahan serta menyerahkannya
kepada pihak pentadbir.
84 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah