Page 11 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 11

2.8   Beliau memaklumkan beberapa program telah digerakkan iaitu mewujudkan kelas petang dan kelas malam
      bagi tahun 6. Selain itu,majlis temu murni,klinik subjek secara berfokus dan kelas bimbingan malam tahun 5 turut
      diwujudkan. Program kerohanian kemenjadian murid seperti solat hajat,solat dhuha, dan bacaan Yassin telah
      dilaksanakan oleh Panitia Agama.


      2.9  Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mewujudkan  saluran telegram info SKBB (teleparent)
      untuk para ibu bpa mendapat pelbagai maklumat tentang aktiviti sekolah seperti maklumat tentang baiki pulih
      surau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak  ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk surau.

      2.10   Beliau memaklumkan pihak sekolah akan menyediakan pdpc persekitaran yang menarik untuk kemudahan
      murid-murid dan guru terutamanya murid tahap satu yang lebih berfokus kepada PBD.   Pihak sekolah telah
      membaiki pulih Bilik Maya seperti peralatan LCD,skrin dan sebagainya bagi mewujudkan keseronokan murid
      untuk belajar.


      2.11  Beliau memaklumkan bahawa pencapaian sekolah dalam kokurikulum sangat  membanggakan bagi tahun
      2020. Antara pencapaian tersebut ialah dua orang murid sekolah ini yang telah mewakili daerah Dungun dalam
      kejohanan Hoki MSSD telah mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan johan. Sekolah ini juga
      turut menjadi johan bagi  peringkat PKG Bukit Besi dan tempat ketiga peringkat daerah dalam  kejohanan bola
      jaring. Seorang murid sekolah ini juga telah mewakili daerah Dungun dalam pertandingan bola jaring MSST dan
      mendapat tempat kedua. Bagi kejohanan   badminton,kategori perempuan telah menjadi johan dan tempat
      ketiga peringkat PKG Bukit Besi bagi perseorangan. Acara beregu perempuan dan lelaki juga telah menjadi
      johan,dan ketiga bagi lelaki. Dua orang murid sekolah ini juga telah mendapat tempat ketiga perseorangan dan
      beregu perempuan di peringkat daerah Dungun.Pencapaian   permainan-permainan lain seperti bola
      tampar(ketiga),catur  dan golf turut membanggakan. Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid sekolah
      ini amat berpontensi dalam      melahirkan bakat sukan di daerah dungun.


      2.12  Pihak sekolah juga telah terlibat dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah  Terengganu dan PKG
      Bukit Besiiaitu Bukit Besi telah dipilih sebagai trek larian. Untuk itu mesyuarat kejohanan tersebut telah diadakan
      di sekolah SKBB dan sebahagian guru sekolah ini terlibat sebagai pegawai kejohanan.


      2.13  Beliau memaklumkan segala pencapaian ini disebakan komitmen yang datang dari semua pihak. Pihak
      sekolah amat memerlukan idea,tenaga kepakaran dan wang ringgit. Justeru itu,pihak ibu bapa perlulah prihatin
      terutama dari segi kehadiran ke sekolah. Pihak sekolah tidak mahu berlaku gejala ponteng dalam kalangan murid
      di sekolah ini.


      2.14  Puan guru besar juga memaklumkan ,pihak sekolah telah membina sebanyak 22 garaj  kereta untuk guru
      bagi menjaga keselamatan murid dan mengelakkan kesesakan berlaku di hadapan pintu utama sekolah. Pihak
      sekolah telah menerima sumbangan batu geseran    daripada pihak Ketengah Holding. Pihak sekolah telah
      meratakan kawasan berhampiran kuarters guru bagi pembinaan garaj kereta guru.


      2.15 Guru besar juga memaklumkan bahawa Duit Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 akan diagihkan kepada
      ibu bapa yang layak dan pemilihan tersebut telah dipilih oleh panel-panel yang idilantik khas dalam kalangan
      AJK PIBG,dan guru-guru. Beliau berharap bantuan     tersebut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16