Page 12 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 12
3. Ucapan YDP PIBG ( En. Ahmad Bakhir bin Chik )
3.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBB dan AJK PIBG kerana bertungkus lumus
menguruskan persediaan mesyuarat agung PIBG. Beliau memaklumkan ba hawa ini kali pertama mesyuarat
agung diadakan bersama dengan penyerahan duit Bantuan Awal Persekolahan.
3.2 Beliau memaklumkan setiap tahun sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG dan pemilihan AJK
yang baharu akan dilakukan.
3.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Ketengah Holding kerana banyak membantu pihak
sekolah. Pada tahun lepas,Ketengah Holding telah memberi sumbangan sebanyak RM1000 untuk membantu
kecemerlangan murid-murid tahun 6.
3.4 Beliau memaklumkan pada tahun ini,Ketengah Holding telah menyumbang 80 tan batu untuk pembinaan
kawasan parking kereta guru-guru. Kawasan parking yang baharu itu dibina bertujuan mengelakkan
kesesakan yang berlaku di pintu utama.
3.5 Ibu bapa yang menghantar anak-anak tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah kecuali ibu bapa yang
menghantar anak-anak Pra sahaja. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya menghantar anak jauh sedikit dari
pintu utama untuk mengelakkan kesesakan dan ber harap tidak berlaku musibah atau kejadian yang tidak
diingini.
3.6 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berjaya membina pondok di sebelah kantin sekolah
yang telah dihadiahkan oleh DUN Bukit Besi iaitu Tuan Ghazali.
3.7 Beliau mengingatkan para ibu bapa agar bersatu untuk meningkatkan anak-anak orang Melayu dan
membentuk anak-anak Melayu menjadi yang berkualiti.
3.8 PIBG bertujuan untuk membantu sekolah mencari sumber kewangan dan dana melalui pelbagai pihak
untuk murid-murid sekolah ini. Namun apa yang dikesali ialah sikap segelintir ibu bapa yang tidak memberi
komitmen pada pihak sekolah dan PIBG. Sekiranya pihak sekolah mengadakan aktiviti gotong royong,tidak
ramai ibu bapa yang hadir. Beliau berharap di masa akan datang, jumlah penglibatan ibu bapa dalam
kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah akan lebih ramai.
3.9 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah amat memerlukan sokongan dari sudut kewangan dan
beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. Beliau menasihati agar ibu bapa tidak
mempertikaikan jumlah sumbangan yang diminta oleh pihak sekolah kerana duit sumbangan digunakan
untuk kemudahan anak-anak di sekolah ini. Beliau juga menasihati agar duit bantuan awal persekolahan itu
digunakan sebaik-baiknya oleh ibu bapa.
3.10 Beliau memaklumkan pada tahun ini,Yayasan Pembangunan Islam telah memberi bantuan kepada
yang miskin. Pihak kerajaan negeri juga telah memberi bantuan melalui MAIDAM kepada ibu bapa.
3.11 Beliau menggesa para ibu bapa supaya membantu sekolah bagi meningkatkan taraf
pendidikan,menjadikan sekolah sebagai satu wardah untuk menjadikan anak-anak yang berkualiti dan
berharap agar ibu bapa sentiasa berdoa kepada Allah SWT mengurniakan anak-anak yang cemerlang.