Page 5 - AJH - BAB 1
P. 5
APA KATA PEMBACA BUKU INI
“Perubahan positif yang saya telah alami semenjak membaca buku
ini, saya menjadi lebih tenang, lebih mudah untuk mengawal rasa
marah. Banyak perspektif tentang kehidupan saya telah berubah.
Masalah saya selama ini ialah dendam, marah, kecewa dengan
perkhianatan yang saya terima. Tapi sedikit demi sedikit dendam itu
telah pergi, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Allah
berikan ujian ini, insan insan ini untuk menjadi guru disiplin saya,
supaya saya menjadi lebih baik.
Latihan yang paling signi kan (berkesan) untuk diri saya adalah
latihan hari ke-5. Saya menangis teruk, bila disenaraikan terlalu
banyak kebaikan dia, apa yang diberikan, tapi bila saya cuba
senaraikan apa yang telah saya berikan, terlalu sedikit. Amat sukar
untuk saya senaraikan. Saya seperti tersedar dari tidur, Ya Allah
sungguh besar kasih sayang dia padaku, hanya kerana kesilapan dia.
Semua kebaikan dia terhapus.”
- Cik Puan Zarina (nama samaran)
∞ ∞ ∞