Page 8 - AJH - BAB 1
P. 8

Saya juga sering menyatakan syukur terhadap apa jua perkara yang

         terjadi dalam rutin harian. Saya semakin yakin bahawa Allah ada


         bersana saya dalam apa jua saya lakukan. Saya juga telah belajar

         mengikhlaskan hati untuk memaafkan apa jua kesalahan orang


         kepada saya dan lebih menghargai kehadiran orang sekeliling

         berbanding mengenang masa lampau.





         Alhamdulillah, kini saya mula merasa manisnya kedamaian tersebut

         hadir sedikit demi sedikit. Terima Kasih sahabat team Ehati :)





         Alhamdulillah masalah ego saya telah berjaya ditundukkan. Saya

         tidak lagi berprasangka bukan-bukan terhadap orang lain dan terlalu


         fokus kepada keburukan seseorang itu sehingga apa jua

         kebaikkannya dilupakan. Saya sukar memaafkan kesalahan orang

         lain. Namun, syaa sedari melalui latihan buku ini, bahawa Allah jua


         telah mengampuni segala dosa lampau saya, kenapa saya yang kerdil

         ini mahu menghukum orang lain. Oleh itu, saya jadi orang yang

         mudah memaafkan. Alhamdulillah.





         Bagi saya latihan hari ke-17 kerana melalui latihan itu saya sedar


         betapa banyaknya sampah membuat hati saya menjadi berat.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13