Page 13 - AJH - BAB 1
P. 13
memaafkan orang lain, memaafkan diri dan menerima diri, sekarang
saya merasa lebih berkeyakinan. Malah, kalau dulu sikit-sikit nak
marah kalau tak boleh tahan sangat saya pasti akan menangis. Saya
rasa sebelum ini saya mungkin mengalami depressi yang sangat
teruk. Alhamdulillah, Allah sayang saya, Dia datangkan
tepat pada masanya dengan memperkenalkan buku ini pada saya.
Syukur Ya Allah.
Ada beberapa latihan yang paling signi kan untuk diri saya
1. latihan syukur. Apabila saya bersyukur, saya dapat melihat kedalam
konteks yang sangat luas, saya dapat lihat hikmah dan berkah setiap
apa yang berlaku. Malah dengan latihan syukur ini, menjadikan saya
sangat menyayangi ibu dan ayah saya. Inilah nikmat paling terbesar
saya. Ketika saya melakukan latihan ini, air mata keluar dengan
sendirinya. Allah...
2. Latihan memaafkan diri. Latihan ini juga telah menumpahkan air
mata saya. Tersedu-sedu menangis di dalam bilik seorang diri. Kalau
sebelum ini ego, selepas memaafkan diri di atas kesilapan dan dosa
yang dilakukan, saya merasa sangat tenang, beban di jiwa terasa
ringan sangat. Allah... Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini, apabila
saya mula ingin menyalah diri, saya pasti akan mengamalkan ayat
yang coach ajar. Terima Kasih Coach.