Page 21 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 21

PENEMUAN 1


             Perolehan melebihi RM20,000 atau RM50,000 telah dilaksanakan secara pembelian terus
               atau dipecah kecil dan tidak diurus secara sebut harga.


        RUJUKAN



                                               Arahan Perbendaharaan
                                           AP173.1 (b) - Pembelian Terus


        (b)     Bagi  Pembelian  setiap  jenis  item  yang  melibatkan  jumlah  melebihi  RM20,000  sehingga
                RM50,000 setahun atau bagi sesuatu kontrak hendaklah dibuat secara Sebut Harga dengan
                mempelawa  sekurang-kurangnya  tiga  (3)  pembekal  tempatan  yang  berdaftar  dengan

                Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau Bukan Bumiputera.


                                         Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
                                        PK. 2.1 - Kaedah Perolehan Kerajaan



         Perenggan 1(iii)(a) - Agensi dilarang memecahkecilkan perolehan tahunan untuk mengelakkan

         daripada pelawaan secara sebut harga dan tender.

         Perenggan  5(i)  -  Pembelian Terus  ditafsirkan  sebagai perolehan bekalan/  perkhidmatan  yang
         melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM20,000 atau sesuatu kontrak.


         Perenggan  5(ii)  -  Setiap  jenis  item  ditafsirkan  sebagai  sesuatu  barangan/perkhidmatan  yang
         mempunyai  fungsi  yang  sama  dan/atau  boleh  diperolehi  daripada  satu  punca  bekalan  serta

         perolehan tersebut boleh dirancang.







           21     Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26