Page 42 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 42

PENEMUAN 11



            Pemeriksaan aset yang dijalankan tidak dilaksanakan secara menyeluruh (100%).



        RUJUKAN


                                       Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
       AM2.4 Tatacara Pengurusan Aset alih Kerajaan: Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

        Perkara 6.4 – Tempoh Pemeriksaan

       Pemeriksaan  ke  atas  semua  aset  alih  hendaklah  dilaksanakan  seratus  peratus  (100%)  dan
       pemeriksaan boleh dilaksanakan sepanjang tahun pada tahun semasa secara berperingkat.



       CONTOH KES



        Semakan pihak Audit mendapati pemeriksaan aset tahun 2018 di TSH C ada dilaksanakan pada
       24 Oktober 2018. Bagaimanapun, pemeriksaan tersebut tidak dilaksanakan secara menyeluruh
       100% kerana aset yang diperoleh bersama bangunan pada tahun 2018 dan perolehan aset baru
       tahun 2018 belum direkodkan dalam daftar KEW.PA-2, KEW.PA-3 dan KEW.PA-10.



       SYOR TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN



       Pemeriksaan  aset  yang  tidak  dilaksanakan  ke  atas  semua  aset  menyebabkan  prestasi  atau
       keadaan sebenar aset tidak dapat dikenal pasti dan tindakan pembaikan atau pelupusan tidak
        dapat diambil. Jabatan/Institusi hendaklah memastikan pemeriksaan ke atas semua aset alih
       kerajaan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

           42     Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47