Page 67 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 67
PENEMUAN 26
Penyata Pembelian minyak tidak disemak silang dengan salinan resit dan penyata oleh
Pegawai Kenderaan.
RUJUKAN
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
WP4.1 – Pengurusan Kenderaan Kerajaan (Lampiran A)
Perkara 5 – Prinsip-Prinsip Penggunaan Kad Inden
5.1 Prinsip-prinsip penggunaan Kad Inden bagi pemandu Kereta Rasmi Jawatan dan
Kenderaan Jabatan adalah seperti berikut:
i. Setiap transaksi hendaklah dicatitkan di dalam Buku Log kenderaan berkenaan;
ii. Resit bagi setiap transaksi tersebut hendaklah disimpan untuk tujuan semakan dan
pengesahan; dan
iii. Semakan hendaklah dibuat bagi transaksi berkenaan dengan laporan yang
dikeluarkan oleh pembekal.
CONTOH KES
Semakan audit mendapati tiada bukti semak silang dijalankan oleh Pegawai Kenderaan antara
salinan resit pembelian minyak dengan penyata minyak.
SYOR & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Pegawai Kenderaan adalah disyorkan untuk melaksanakan semak silang penyata pembelian
minyak dan resit pembelian minyak sebelum pembayaran dibuat bagi mengelakkan berlakunya
sebarang penyelewengan penggunaan kad inden.
67 Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat