Page 80 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 80
CONTOH KES
Semakan audit mendapati:
(i) Borang siasatan awal TBS bagi baucar kecil bernombor 6000001 bertarikh 15 Ogos
2019 untuk bayaran panjar khas TBS dibayar kepada wakil bagi pihak pemohon. Nama
pemohon yang dicatatkan di dalam Borang Siasatan Awal adalah Saadah binti Aman
manakala penerima bayaran bagi pihak pemohon adalah Sufian bin Aman yang
merupakan adik kepada pemohon. Semakan lanjut menunjukkan tiada dokumen
sokongan seperti surat kebenaran mewakilkan atau salinan Kad Pengenalan wakil
dilampirkan sebagai bukti wakil yang menerima bayaran tersebut adalah atas
persetujuan/kebenaran pemohon.
(ii) Satu (1) borang Siasatan Awal atas nama pemohon Aishah binti Narawi tidak
dilampirkan dengan dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan pemohon
sebaliknya hanya disertakan dengan salinan buku bank pemohon.
SYOR & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Jabatan hendaklah memastikan pembayaran panjar khas TBS yang telah dibuat kepada
penerima yang sepatutnya berdasarkan dokumen sokongan yang dilampirkan kepada Arahan
Pembayaran.
80 Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat