Page 14 - HENDONISME test2
P. 14
Semua pihak memikul tanggungjawab
untuk memelihara nama baik negara
kita. Biar hidup di dunia ini terdiri
daripada pelbagai negara jangan kita
biarkan budaya lain mempengaruhi
budaya kita di Malaysia.
BUDAYA
BARAT
MENGUASAI
NEGARA KITA ?
Apabila perkara ini terus berlaku tanpa ada batasan, maka sudah
pasti kesan buruk terhadap negara juga akan berlaku. Sebenarnya
kesan buruk terhadap individu ini adalah sebenarnya sangat berkait
rapat dengan kesan buruk yang akan berlaku terhadap negara dan
juga masyarakat. Oleh sebab itulah, akhlak seseorang individu
perlulah dijaga dan seandainya akhlaK itu runtuh sudah sepastinya ia
akan menyebabkan berlakunya kegagalan terhadap usaha kerajaan
untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan juga berilmu
pengetahuan.
Negara kita ini sebenarnya
memerlukan generasi muda yang
berpengetahuan tinggi untuk
memajukan negara kita. Jika kegiatan
hedonisme ini terus menguasai
pemikiran golongan muda ini, maka ia
akan memudahkan negara kita dijajah
kerana semakin hari kita akan mula
kehilangan pemimpin-pemimpin yang
berwibawa yang mampu
mempertahankan negara kita.
H E D O N I S M E | 1 2