Page 8 - HENDONISME test2
P. 8
APAKAH CABARAN H
DALAM MEMBENTUK E
D
MASYARAKAT O
N
I
TENTANG S
M
HEDONISME ? E
Pada era globalisali ini negara kita mampu melahirkan
remaja yang berakhlak mulia bagi mencerminkan masa
hadapan negara agar terus maju di mata dunia.Namun
pada zaman maju dan canggih ini kadang-kadang kita
alpa dan leka tentang perubahan sekeliling
kita.Contohnya,perubahan ekonomi,pembangunan
pelaburan,dan sudah semestinya amalan Hedonisme yang
semakin menjadi-jadi di negara kita ini.Walau
bagaimanapun perkara ini dapat dibendung dan dikekang
dengan kerjasama yang jitu daripada semua pihak khasnya
masyarakat muda kita pada masa kini. Tetapi persoalan
nya disini apakah cabaran-cabaran kita untuk membentuk
masyarakat kita ini supaya tidak terjebak dengan adegan
Hedonisme ini.
Oleh itu kita akan mengupas dengan lebih lanjut temtang perkara ini dengan memandang
dari pelbagai sudut yang berlainan untuk kebaikan dan pengetahuan kita semua rakyat
Malaysia. Cabaran yang pertama adalah pengaruh media sosial.Terdapat 15 respondent
bersamaan 37.5% bersetuju dengan pengaruh media sosial ini merupakan salah satu
cabaran Henodisme.Hal ini kerana pengaruh media massa seperti telefon,televisyen,surat
khabar dan sebagainya.Secara umumnya hedonisme ini dapat dilihat sebagai
neokolonilisme yang dilakukan terhadap serangannya terhadap generasi muda oleh
masyarakat lain yang mempunyai perbezaan dalam kehidupannya berbanding dengan
negara kita Malaysia.Pelbagai prinsip dan cara hidup yang boleh dilihat seperti lepak,minum
alkohol,pesta yang melampau,dan sebagainya.Jadi pada masa kini hal ini menjadi kejutan
budaya kepada masyarakat malaysia yang ingin rasa mencuba yang tinggi.Mereka ingin
merasakan sesuatu yang datang entah datang dari mana-mana termasuklah meniru dan
mengetahui apa yang dipaparkan di sosial media ataupun melalui kaca televisyen.Perkara ini
tidak salah namun golongan remaja masa kini tidak bijak menyaring apa yang mereka
tonton dan lihat dan tidak mengira hal tersebut akan mendatangkan kesan yang positif
ataupun negatif kepada diri sendiri keluarga ataupun negara.Oleh itu mereka akan
terpengaruh dengan perkara yang ditayangkan di media sosial dan platfom-platfom
tertentu.
H E D O N I S M E | 8