Page 2 - SOALAN LAZIM
P. 2

1    Apakah yang dimaksudkan dengan Personal Loan Outsourcing?
                Personal Loan Outsourcing (PLO) adalah merupakan kemudahan pinjaman peribadi
                yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak bank yang dilantik iaitu Bank Simpanan
                Nasional (BSN) bermula 1 JANUARI 2021 bagi semua permohonan baharu.




           2    Adakah pinjaman peribadi yang telah diluluskan sebelum ini juga akan
                diuruskan oleh BSN?
                Pinjaman peribadi yang telah diluluskan sebelum 1 JANUARI 2021 masih
                diuruskan oleh Unit Loan, People Benefits (PMD) sehingga pinjaman tersebut
                diselesaikan.


           3
                Adakah KWSP masih menerima permohonan pinjaman peribadi setelah
                PLO dilaksanakan?
                Permohonan pinjaman peribadi yang diterima oleh Unit Loan, People Benefits (PMD)
                setakat 1 JANUARI 2021 sahaja yang akan diproses. Sebarang permohonan
                selepas daripada tarikh tersebut tidak akan diproses.




           4    Apakah syarat dan kelayakan untuk membuat permohonan pinjaman
                peribadi daripada BSN?


                a) Anggota tetap dan telah disahkan jawatan
                b) Jumlah potongan gaji mestilah tidak melebihi 60% daripada gaji berserta elaun tetap
                c) Tidak muflis
                d) Tiada rekod disiplin atau tamat prosiding tindakan tatatertib dalam tempoh setahun
                    semasa permohonan dibuat
                e) Lulus semakan kredit oleh BSN
                f) Mempunyai akaun simpanan BSN Giro-i




           5    Adakah kadar faedah/untung yang dikenakan sama seperti pinjaman
                sedia ada?
                Ya. Kadar faedah/untung yang dikenakan adalah kekal iaitu 4.00% secara kaedah
                baki berkurangan untuk pinjaman tidak melebihi RM15,000.00 dengan tempoh
                bayaran balik tidak melebihi tujuh (7) tahun.




           6    Apakah perbezaan jenis skim pinjaman yang ditawarkan dan apakah ciri
                kedua-dua skim tersebut?

                                 Skim Islamik                                Skim Konvensional


                    Berlandaskan konsep patuh syariah                   Tidak patuh syariah dan tidak
                            dan mempunyai akad                                 melibatkan akad





                                                                                                                   2
   1   2   3   4   5   6