Page 4 - SOALAN LAZIM
P. 4
13 Adakah anggota berstatus kontrak layak memohon pinjaman peribadi
daripada BSN?
Layak dan ianya adalah tertakluk kepada kelayakan dan kadar faedah/untung yang
telah ditetapkan oleh BSN. KWSP tidak menanggung subsidi pinjaman anggota
yang berstatus kontrak.
14 Adakah insurans/takaful wajib diambil?
Ya, sebagai jaminan sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal
(Total Permanent Disability).
15 Berapa lamakah tempoh kelulusan selepas permohonan dibuat?
Proses Tempoh Masa
Lima (5) hari perniagaan selepas menerima
Kelulusan Permohonan
borang lengkap dan maklumat disahkan oleh PMD
Dua (2) hari perniagaan selepas BSN
Pengkreditan (Disbursement) menerima persetujuan anggota terhadap
Letter Offer (LO)
16 Adakah anggota KWSP perlu membuka akaun simpanan BSN bagi tujuan
pengkreditan pinjaman?
Ya. Anggota KWSP perlu membuka Akaun Simpanan BSN Giro-i.
17 Bilakah bayaran/potongan ansuran bulanan pinjaman peribadi bermula?
Bayaran/potongan ansuran akan bermula selepas satu (1) bulan pinjaman dikreditkan
ke dalam akaun simpanan BSN anggota KWSP.
18 Bagaimanakah anggota KWSP membuat bayaran/potongan ansuran
bulanan?
Anggota KWSP perlu membuat bayaran/potongan ansuran bulanan tersebut
melalui potongan gaji.
19 Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran/potongan ansuran bulanan
sekiranya anggota KWSP bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji?
Anggota boleh membuat bayaran mengikut kaedah-kaedah seperti berikut:
a) Membuat bayaran secara manual seperti melalui kaunter bayaran BSN,
Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM), pembayaran
atas talian (online) dan Standing Instruction berdasarkan tempoh anggota
bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji; ATAU
4