Page 2 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 2
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penganjur kerana berjaya merealisasikan e-
Seminar Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021 Peringkat Kebangsaan (e-
SPeDIP2021). Saya percaya penganjuran dan pelaksanaan e-Seminar ini merupakan satu
gabungan usaha kerjasama yang sangat padu antara pihak penganjur. Tahniah dan syabas
sekali lagi kepada Koperasi Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jabatan
Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
IPG Kampus Sarawak, Miri yang bekerjasama menganjurkan e-Seminar ini.
Pelaksanaan e-seminar dengan tema “Kelestarian Penyelidikan Pendidikan Dan Inovasi
Ke Arah Mendepani Revolusi Industri 4.0 Dalam Mendepani Pandemik Covid-19”
sangat relevan dengan situasi yang dihadapi sekarang. Revolusi Industri 4.0 secara
umumnya melibatkan semua jaringan digital dalam semua aspek kehidupan termasuk bidang
pendidikan. Tema yang dipilih ini juga memperlihatkan kesedaran perubahan keperluan
pendidikan masa kini, terutama dalam tempoh berhadapan dengan Pandemik Covid-19 ini.
Penganjuran e-seminar ini pasti akan menghimpun para peserta yang akan membentangkan
hasil dapatan penyelidikan dan menunjukkan hasil kreativiti inovasi mereka. Hasil dapatan
penyelidikan dan inovasi ini sudah tentu boleh dikongsi, disebarluaskan atau ditambah baik
untuk meningkatkan lagi kualiti bidang pendidikan negara. Hal ini juga boleh membantu
memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi cabaran pendidikan
masa kini.
Saya berharap, usaha penganjuran e-seminar seumpama ini akan berterusan dan para
pendidik akan menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai satu amalan untuk membantu
meningkatkan martabat pendidikan di negara ini. Pendidikan yang berkualiti akan menjadi
pemangkin pembangunan lestari dan pembentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera.
Semoga e-Seminar ini akan memberi manfaat berterusan kepada semua pihak yang
berkaitan dan mencapai objektif yang telah dirancang. Selamat ber e-Seminar secara maya
kepada semua peserta.
Sekian, terima kasih.
DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
Ketua Menteri Sarawak
i