Page 3 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 3
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak ingin merakamkan jutaan tahniah dan ucapan
terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan
e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021 Peringkat Kebangsaan (e-
SPeDIP2021) sama ada secara langsung atau tidak langsung.
e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2021 adalah anjuran Koperasi Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak dengan kerjasama Jabatan Perancangan, Penyelidikan
dan Inovasi (JPPI) dan Jawankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan tema “Kelestarian
Penyelidikan Pendidikan Dan Inovasi Ke Arah Mendepani Revolusi Industri 4.0 Dalam
Mendepani Pandemik Covid-19”. Sesuai dengan tema, adalah diharapkan agar e-
SPeDIP2021 akan menjadi satu platform perkongsian amalan kajian dan inovasi yang dapat
memberi manfaat kepada Pendidikan Negara. e-SPeDIP2021 juga sebagai satu platform
untuk menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang maju selaras
dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
bagi meningkatkan keperibadian intelektual murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Justeru, e-SPeDIP2021 menyediakan platform perkongsian untuk menyebar luas amalan
terbaik, penemuan dan inovasi di peringkat kebangsaan sekaligus dapat memberi manfaat
kepada Pendidikan Negara. Perkara ini bersesuaian dengan objektif yang dirancang iaitu;
1. Menyediakan platform perkongsian untuk menyebar luas amalan terbaik,
penemuan dan inovasi di peringkat kebangsaan.
2. Berkongsi pengetahuan, pengalaman, hasil penyelidikan dan idea inovasi
pendidikan menuju ke era IR4.0 pasca Covid19.
3. Membudayakan amalan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga pendidik.
4. Mendedahkan siswa guru, warga pendidik dan pelajar sekolah untuk
mempamerkan hasil projek inovasi pendidikan selaras dengan hasrat dan aspirasi
dasar pendidikan negara.
Semoga e-Seminar ini akan memberi manfaat berterusan kepada semua pihak yang
berkaitan.
Sekian, terima kasih.
HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA
Pengarah
IPG Kampus Sarawak, Miri
ii