Page 129 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 129
KA47
AUTOMATIC PORTABLE HAND SANITIZER
1
MOHD FAROUK ARFAN BIN MOHD SABRI , ABG KHAIRUL ANWAR BIN ABG
2 3
MAJAYA , ZURAIDAH BINTI SUHAILI
Insitut Kemahiran Mara Kuching
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching, Sarawak
1 mfarouk@gmail.com, abgkhairul@mara.gov.my
2
Automatic Portable Hand Sanitizer adalah pembersih tangan tanpa sentuh. Ianya
boleh dipasang atau diletakkan pada permukaan yang rata. Pembersih tangan ini
sesuai untuk diletakkan ditempat awam, Produk ini merupakan alat yang sangat
diperlukan semasa pandemik Covid-19 dalam menjaga kebersihan tangan dan
kebersihan diri dengan persekitaran yang bersih dan jarak yang selamat dari orang
lain. Dengan wujudnya Automatic Portable Hand Sanitizer ianya telah
melengkapkan kehidupan dalam mematuhi SOP seharian bagi mengurangkan
penyebaran virus. Dengan memilih komponen yang sesuai, Automatic Portable
Hand Sanitizer ini terbukti merupakan produk yang tahan lama dari segi jangka
hayat penggunaannya dan sangat bersesuaian untuk kegunaan di rumah mahupun
tempat awam. Ia mempunyai power bank yang terpasang yang bila mana
sekiranya kehabisan tenaga ianya boleh di cas semula, Juga dapat digunakan
pada ketika bekalan kuasa tidak stabil ataupun tidak tersedia. Alat ini juga mampu
mencegah orang menyentuh peranti dimana ianya berisiko untuk menyebar
jangkitan. Alat ini juga dikawal oleh mekanisme pam elektrik, setelah seseorang
meletakkan tangan di bawah peranti, sensornya mula berfungsi dan mengeluarkan
cecair dan tanpa sentuhan serta kurang risiko jangkitan.
Kata kunci: hand sanitizer, automatic sanitizer, automatic hand wash.
KA48
HYDRAULIC VICE
1
2
JUSTIN ANAK KATUN , MUHAMMAD ZULFADLI BIN JABU , BULHAN BIN
3
BAINI , SH ZAINAF WAN ABU SEMAN 4
Insitut Kemahiran Mara Kuching
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching, Sarawak.
2
1 justin@mara.gov.my, mzulfadli@mara.gov.my
“Vice” adalah alatan mekanikal yang digunakan untuk menahan sesuatu objek
untuk membolehkan kerja-kerja pemotongan, mengikir, mengosok dan sebagainya
dilakukan di atasnya. “Vice” mempunyai dua rahang selari, satu tetap dan satu lagi
bergerak dan diikat di atas meja kerja dengan skru dan tuas. Kebiasaannya “vice”
dapat dijumpai di tempat seperti bengkel pembuatan dan industri pembuatan.
Dalam masa yang sama terdapat kelemahan yang ada pada “vice” sedia ada,
seringkali berlaku kerosakan pada “vice nuts”, ini kerana apabila ianya menerima
hentakan yang kuat, ianya akan memberi impak kepada “nuts” tersebut. Untuk
mengantikan kadar kerosakan pada “nuts” tersebut sebaiknya mengunakan
hydraulic bagi mengurangkan daya hentakannya. Namun, dari segi cengkaman
ianya lebih kuat berbanding dengan “nuts” dan ianya juga tahan lasak.
Kata kunci: vice, hydraulic vice, hydraulic.
125