Page 132 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 132
dimana peralatan asas yang hendak digunapakai boleh disediakan pada smart troli
ini. Kelebihan dari smart troli ini sendiri bukan sahaja boleh membuatkan keadaan
bengkel nampak lebih sistematik, susunan alat ganti yang lebih teratur serta jimat
ruang smart troli ini turut dilengkapi dengan oil strainer waste (tong untuk
membuang minyak/coolant) semasa kerja selenggaraan dilaksanakan. Reka
bentuk yang membuatkan ianya nampak kemas serta mudah alih ini boleh
dipasarkan kepada bengkel automotif, pusat institut awam dan swasta serta
sekolah yang menjalankan pembelajaran didalam bidang automotif serta industri
automotif itu sendiri. Objektif yang diketengahkan membantu penjimatan masa bagi
seorang mekanik menyediakan peralatan asas selenggaraan juga membantu
mereka memilih peralatan yang bersesuaian untuk digunapakai.
Kata kunci: Smart trolley,automotive equipment, automotive maintenance
KA53
SNOW WASH MACHINE
1
MOHAMMAD SYAZMAN BIN ZAINUDDIN , MOHD AZLAN BIN MOHD DALIP 2
Insitut Kemahiran Mara Kuching
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching, Sarawak.
1
msyazmanz@mara.gov.my
Snow wash machine atau mesin basuhan salji merupakan sejenis mesin yang
membolehkan terhasilnya bebuih sabun hasil campuran daripada udara, sabun dan
air. DIY( do it yourself ) mesin ini bertujuan untuk menghasilkan hasil cucian yang
lebih bersih dan memudahkan serta memuaskan. Mesin ini juga sesuai digunakan
di rumah memandangkan saiznya kecil dan tidak berat. Mesin ini dapat beroperasi
dengan hanya menggunakan air compressor dimana kandungan udaranya dapat
dilaraskan secara manual. Hasilan dari projek ini dapat membantu bagi kegunaan
sendiri dan ianya turut dapat dikomersialkan dan fokus aplikasi adalah untuk
kegunaan rumah dan dan industri kecil sahaja.
Kata kunci: Snow wash machine, snow bubble, DIY snow
KA54
LANGKAH BESTARI (LB)
3
1
2
ARIFFUDIN BIN OSMAN , SARIPAH ANAK SINAS , FARIEDAH LAL CHAN ,
DAYANG LAILAWATI BINTI AWANG REDZUAN 4
Insitut Kemahiran Mara Kuching
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching, Sarawak
1
ariffudin@kuching.ikm.edu.my
LANGKAH BESTARI (LB) adalah pembelajaran berasaskan permainan yang
bertujuan menguji kemahiran pelajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.
Selain ituLB mampu menjadikan pembelajaran lebih menarik, kreatif dan
menyeronokkan terutama bagi pelajar sekolah rendah. Objektif utama LB ialah
untuk membantu memotivasi pelajar belajar untuk lebih fokus, partisipatif, berdaya
saing yang tinggi dan boleh menanggani penyelesaian masalah dalam
pembelajaran nya (Problem solving skills). Permainan LB diterajui oleh seorang
pengajar dan memerlukan tujuh pemain (pelajar) untuk satu kumpulan. Untuk
128