Page 2 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 2

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

          Salam sejahtera.

          Syabas   dan   tahniah saya   ucapkan   kepada    penganjur kerana berjaya merealisasikan e-
          Seminar  Penyelidikan  dan  Inovasi  Dalam  Pendidikan  2021  Peringkat  Kebangsaan  (e-
          SPeDIP2021).  Saya  percaya  penganjuran  dan  pelaksanaan  e-Seminar  ini  merupakan  satu
          gabungan usaha kerjasama yang sangat padu antara pihak penganjur. Tahniah dan syabas
          sekali  lagi  kepada  Koperasi  Institut  Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak,  Jabatan
          Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
          IPG  Kampus Sarawak, Miri yang bekerjasama menganjurkan e-Seminar ini.

          Pelaksanaan e-seminar dengan tema “Kelestarian Penyelidikan Pendidikan Dan Inovasi
          Ke  Arah  Mendepani  Revolusi  Industri  4.0  Dalam  Mendepani  Pandemik  Covid-19”
          sangat  relevan  dengan  situasi  yang  dihadapi  sekarang.  Revolusi  Industri  4.0  secara
          umumnya melibatkan semua jaringan digital dalam semua aspek kehidupan termasuk bidang
          pendidikan.  Tema  yang  dipilih  ini  juga  memperlihatkan  kesedaran  perubahan  keperluan
          pendidikan masa kini, terutama dalam tempoh  berhadapan dengan Pandemik Covid-19 ini.

          Penganjuran e-seminar ini pasti akan menghimpun para peserta yang akan membentangkan
          hasil dapatan penyelidikan dan menunjukkan hasil kreativiti inovasi mereka.  Hasil dapatan
          penyelidikan dan inovasi ini sudah tentu boleh dikongsi, disebarluaskan atau ditambah baik
          untuk  meningkatkan  lagi  kualiti  bidang  pendidikan  negara.    Hal  ini  juga  boleh  membantu
          memperkukuhkan  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  menghadapi  cabaran      pendidikan
          masa kini.

          Saya  berharap,  usaha  penganjuran  e-seminar    seumpama  ini  akan  berterusan  dan  para
          pendidik  akan  menjadikan  penyelidikan  dan  inovasi  sebagai  satu  amalan  untuk  membantu
          meningkatkan  martabat  pendidikan  di  negara  ini.  Pendidikan  yang  berkualiti  akan  menjadi
          pemangkin pembangunan lestari dan pembentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera.

          Semoga  e-Seminar  ini  akan  memberi  manfaat  berterusan  kepada  semua  pihak  yang
          berkaitan dan mencapai objektif yang telah dirancang. Selamat ber e-Seminar secara maya
          kepada semua peserta.

          Sekian, terima kasih.





                 YAB DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
                            BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
                                 (D.P., D.A., P.N.B.S., J.B.S)
                                   Ketua Menteri Sarawak
                                                                            i
   1   2   3   4   5   6   7