Page 4 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 4

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

          Salam Sejahtera

          Syukur  ke  Hadirat  Allah  SWT  diatas  segala  Limpah  dan  KurniaNya,  e-SPeDIP2021  dapat
          dilaksanakan pada tahun ini. Dalam suasana Pandemik Covid-19 yang masih berpanjangan,
          dan  Kawalan  Pergerakan  yang  dilaksanakan,  saya  berasa  amat  terharu  kerana  Institut
          Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak,  Miri  dapat  mengadakan  e-Seminar  Penyelidikan  dan
          Inovasi  dalam  Pendidikan  (e-SPeDIP  2021).  Penghargaan  kepada  ahli  jawatankuasa  yang
          bekerja keras dalam memastikan pengendalian yang efektif.

          e-SPeDIP2021  pada  kali  ini  bertemakan  “Kelestarian  Penyelidikan  Pendidikan  dan
          Inovasi Ke Arah Revolusi Industri 4.0 dalam Mendepani Covid-19”. Cabaran Pendidikan
          di  situasi  ini  banyak  memberikan  cabaran  dan  pengalaman  baru  kepada  pendidik.
          Terutamanya  dari  segi  cabaran  dan  pelaksanaan  PdPR.  Justeru  itu,  dengan  adanya  e-
          Seminar  sebegini,  perkongsian  ilmu  dan  idea  baru  dapat  dipertingkatkan  dan  seterusnya
          memberi  nilai  tambah  kepada  semua.  Antara  objektif  e-SPeDIP2021  ini  juga  adalah  bagi
          menyemarakkan  pembudayaan  kajian  dan  inovasi  di  kalangan  pendidik  terutamanya  siswa
          guru.  Harapan  saya  agar  melalui  e-SPeDIP2021  ini,  para  siswa  guru  akan  menyedari
          kepentingan kajian dan penyelidikan dalam profesion mereka.

          Saya  juga  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  ribuan  terima  kasih  kepada
          Kerajaan Negeri Sarawak, yang sentiasa memberi sokongan yang padu kepada kami. Begitu
          juga  dengan  sokongan  Sarawak  Energy,  Baitulmal  Sarawak  dan  Permodalan  Nasional
          Berhad  atas  sokongan  yang  telah  diberikan kepada  penganjuran  e-SPeDIP2021. Sekalung
          penghargaan  juga  kepada  pembentang  kertas  kajian,  peserta  inovasi  dan  peserta  yang
          sentiasa  menyokong  penganjuran  ini.  Semoga  e-SPeDIP2021  ini,  dapat  memberi
          pengalaman dan ilmu baharu agar dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pihak.

          Sesungguhnya  seminar  ini  tidak  akan  berjaya  tanpa  kerjasama,  sokongan  serta  bantuan
          daripada semua pihak. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
          ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

          Sekian, terima kasih.






                              Dr NORSARIHAN BIN AHMAD
                                     Ketua Jabatan
                           Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
                                IPG Kampus Sarawak, Miri
                                                                           iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9