Page 74 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 74
langkah–langkah tindakan Model Kurt Lewin (1946) untuk membantu murid
mengatasi masalah berkenaan. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid
pemulihan Tahun 3 yang bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan di daerah
Miri. Manakala, data dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan
analisis dokumen. Data pemerhatian direkodkan dengan menggunakan borang
senarai semak dan analisis dokumen melibatkan penilaian hasil kerja murid.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran dengan menggunakan
Teknik Latih Tubi dapat membantu murid pemulihan ini dalam mengenal serta
menulis huruf m dan n dengan betul. Implikasi kajian ini menunjukukkan bahawa
perubahan amalan pengajaran dengan menggunakan Teknik Latih Tubi memberi
kesan yang positif terhadap murid dalam kemahiran menulis serta mengenal huruf
m dan n dengan betul. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa murid
pemulihan dapat dibantu dalam membezakan huruf m dan n dengan betul melalui
amalan pengajaran Teknik Latih Tubi.
Kata kunci: Teknik Latih Tubi, kekeliruan huruf, kemahiran menulis, pemulihan,
Model Kurt Lewin
VPE03
TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID SVM TAHUN 2
PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN PROGRAM PEMULIHAN
1
WONG CHIEW YIEN ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
1
2 chiewyien1987@hotmail.com, magsmks@yahoo.com.my
Tabiat membaca sering menjadi perbincangan dalam media. Kajian ini memberi
fokus kepada tahap kemahiran membaca dalam kalangan murid peringkat Sijil
Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2 Program Pengurusan Perniagaan dan
Program Pemulihan. Punca murid tidak mahir membaca, masalah yang sering
dihadapi semasa melaksanakan kemahiran membaca dalam kelas, cara memupuk
kemahiran membaca merupakan aspek yang diberi tumpuan dalam kajian ini.
Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif, iaitu
temubual dan pemerhatian. Kajian ini mendapati bahawa murid yang tidak
mengamalkan amalan membaca sejak kecil merupakan punca terbesar murid tidak
mahir membaca. Selain itu, masalah yang sering dihadapi dalam kelas ialah murid
tidak faham dengan konteks dan tidak mahir dengan asas suku kata. Amalan
membaca harus dipupuk dan dilihat sebagai cara yang efektif dalam usaha
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Program pemulihan
telah dijalankan sebagai intervensi untuk menyelesaikan isu tersebut.
Kata kunci: tabiat membaca, kemahiran membaca, SVM, Program Pemulihan
VPE04
KOMPETENSI GURU DAN NILAM DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN
TIGA
1
GRACE AMELDA USUN ; MAGDELINE NOR, PhD 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri Sarawak
70