Page 78 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 78
VPE09
TEKNIK TAHZIK (TAHDID- ZIKR): MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
DAN MENULIS SUKU KATA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 3, SK BANGINGOD, LAHAD DATU SABAH.
1
HAJARAH MUHARAM , NURFAZHILLAH BINTI SABIT 2
1 2
SK Bangingod, Lahad Datu, Sabah; SK Kimanis, Papar, Sabah
1 XBA 3101, Peti Surat 60931, 91118, Lahad Datu, Sabah.
1 2
ummumujahidah79@gmail.com , g-34253404@moe-dl.edu.my
Kemahiran membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab adalah
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 3 merujuk kepada DSKP
(SK) 2.2 dan 3.2. Namun, kemahiran ini adalah sukar untuk dikuasai tanpa
menguasai asas mengenal huruf dan bunyi huruf. Ia merupakan satu proses yang
sukar dan memakan masa. Kaedah asas ini adalah tidak sesuai dengan tuntutan
pembelajaran kini semasa pandemik, disebabkan masa PdPc bersemuka adalah
terhad. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan kemahiran
membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab melalui penggunaan
Teknik TahZik (Tahdid -Zikr). Teknik ini merupakan satu proses mudah dan cepat
untuk mengenalpasti (tahdid) dan mengingat (Zikr) bahawa satu (1) baris akan
menghasilkan satu (1) bunyi dan menunjukkan satu (1) suku kata. Teknik ini juga
dilengkapi dengan bahan bantu belajar untuk murid berbentuk mini nota. Sampel
kajian melibatkan seramai 4 orang murid tahun 3. Tinjauan awal telah dibuat
melalui ujian formatif dan temubual. Manakala analisis data yang digunakan dalam
kajian ini melalui peratusan markah dan dokumen transkrip. Hasil daripada dapatan
kajian, intervensi tersebut telah menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran
membaca suku kata dengan betul dan jelas serta dapat menulis suku kata dalam
perkataan,di samping meningkatkan motivasi murid untuk belajar Bahasa Arab.
Secara kesimpulan, kajian ini mampu memberi kesan kepada murid-murid untuk
mahir dalam membaca dan menulis suku kata dalam Bahasa Arab.
Kata kunci: Suku kata Bahasa Arab, Teknik TahZik, kemahiran membaca,
kemahiran menulis
VPE10
AIRAH PARETO: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA IQRA’
4 TERHADAP 2 ORANG MURID TAHUN 4 TOPAZ
RAHMAWATI BINTI MOHD SHARIFF
SK Putrajaya Presint 5 (1),
Jalan P5A/5 Presint 5, 62200 Putrajaya
aretielove_85@yahoo.com
Kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesaian masalah membaca Iqra’ dalam
kalangan murid Tahun 4 Topaz. Kajian dijalankan ke atas 2 orang murid 4 Topaz
yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Prinsip
Pareto yang juga dikenali sebagai aturan 80/20 digunakan sebagai model kajian
tindakan. Prinsip ini turut dikenali umpama gagasan “hanya dengan melakukan 20%
daripada tugasan, maka anda dapat menghasilkan 80% manfaat daripada
melakukan keseluruhan tugasan”. Ketika saya mula-mula mengajar mata pelajaran
74