Page 114 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 114
pen penitis atau pita titis. Pen penitis menyalurkan air melalui tiub mikro yang
disambung dari paip sub di setiap lorong. Pen penitis boleh menyalurkan air ke
dalam polibeg, ke atas batas atau di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana
pen penitis ini disambungkan dari tiub mikro. Sistem pengairan fertigasi
memerlukan skil untuk mengira bajet dan kos air berpandukan jenis tanaman.
Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi
kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Menerusi kaedah ini,
sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Fertigasi merupakan
satu kaedah penanaman dimana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman
diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke bahagian akar pokok melalui
sistem pengairan titis yang dinamakan fertigasi. Kelebihan sistem ini ialah
pengairan dan pembajaan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.
Kata kunci: Fertigasi, Transformasi, Teknologi, Produktiviti dan Efisien
KA25
PERISIAN KURSUS BAHASA ARAB PINTAR AN-NUR
1
NUR NATASHA ELIAYANA BINTI MOHAMAD SUKRI , NOOR ATHIRAH
3,
2
NASRIAH BINTI MOHD NASRI , NUR AISYAH BINTI AWANG NGAH SITI
NORHIDAYAH BINTI SAAD 4
Politeknik Muadzam Shah,
Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah,Pahang
1 natashaeliayana12@gmail.com, noor.athirah.nasriah@gmail.com,
2
3 4
nuraisyah3120@gmail.com, saadhidayah@gmail.com
Tanpa diduga, pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah
mengganggu dan mengubah modus pengajaran dan pembelajaran yang normal di
seluruh dunia termasuk Malaysia. Pembelajaran di atas talian bukan perkara
baharu namun norma baharu yang menjadi rutin harian setiap individu berubah
tanpa terkecuali termasuk kanak-kanak prasekolah . Penutupan penuh sektor
pendidikan mengajak ramai pihak berdebat membincangkan kesan sampingan
terhadap kanak-kanak jika didedahkan terlalu banyak kepada gadget dan
maklumat atas talian. Namun, hakikatnya kita tidak boleh berpatah balik kepada
keadaan sebelumnya buat masa ini. Pelbagai pembaharuan dan pengolahan
dibuat bagi penambah baik gaya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
untuk kanak-kanak prasekolah untuk menarik minat dan memastikan hasil
pembelajaran mereka dicapai secara effektif dengan kesan sampingan seminimum
mungkin. Menyedari pedagogi kanak-kanak prasekolah yang lebih santai dan
berdaya visual, banyak aplikasi dan perisian dibangunkan secara interaktif, gambar
yang besar, warna yang menarik dan mudah digunakan. Justeru, perisian kursus
Bahasa Arab Pintar An-nur dibangunkan menggunakan modul pembelajaran
sebenar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)sebagai bahan bantuan sesi
pembelajaran yang relevan dan efektif di musim pandemik ini.
Kata kunci: Perisian Kursus, Prasekolah, Bahasa Arab, PandemikTHE BIG BOOK
OF HISTORY 2
110