Page 115 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 115
KA26
MyKamusKahwin
NUR AZMAH BINTI MOHAMAD SALEH,
Kolej Komuniti Klang,
No 2680, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Taman Lipat Kajang, 41200 Klang,
Selangor,
nurazmah.saleh@kkklang.edu.my
Antara misi Kolej Komuniti Klang (KK Klang) adalah untuk melahirkan graduan
holistik berciri keusahawanan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Juteru itu, graduan KK
Klang bukan sahaja ditawarkan kursus berteraskan teknolgi dan keusahawanan
tetapi juga dilengkapi dengan kursus kerohanian iaitu kursus Pendidikan Islam 1
dan 2. Pendidikan Islam 2 mengandungi topik-topik berkaitan isu-isu dalam
perkahwinan. Terdapat banyak istilah-istilah arab yang digunakan di dalam kursus
ini dan sering kali mengelirukan dan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya.
Oleh itu, MyKamusKawin diujudkan untuk membantu pelajar mengetahui maksud
setiap istilah dan membezakannya dengan istilah yang lain. MyKamusKahwin
menggunakan perisian power point dengan kaedah hyperlink. Oleh itu ia mudah
dicapai oleh semua pelajar di mana sahaja mereka berada sama ada mempunyai
talian internet ataupun tidak. Ia boleh dikongsi melalui pelbagai medium komunikasi
seperti whatsapp,telegram, email dan sebagainya kerana tidak menggunakan
ruang storan yang besar. Selain itu, penggunaan MyKamusKahwin ini adalah
sangat mudah dan terus kepada makna istilah yang dicari, dalam masa yang sama,
ia juga menyediakan penerangan ringkas bagi setiap istilah untuk menambah
kefahaman pelajar. MyKamusKahwin ini juga telah diuji kepada pelajar semester
dua KK Klang dan didapati bermanfaat kepada mereka.
Kata kunci: istilah, perkahwinan.
KA27
e-MODUL PTBI
1
TANESMAN BUANGRAYA WENGE BIN ABDUL RAHMAN ; MOHD AZLAN BIN
2
MOHAMMAD HUSSAIN, PhD ; CHE SOH BIN SAID, PhD 3
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
1 man_abw@yahoo.com
Modul Pembelajaran Teradun Berasaskan Inkuiri (e-Modul PTBI) merupakan
sebuah inovasi produk digital secara dalam talian yang dibangunkan untuk pelajar
aliran vokasional. Pembangunan modul ini adalah untuk melihat kesan
pelaksanaannya ke atas pelajar teknologi elektronik di Kolej Vokasional untuk
kursus Penyelesaian Masalah Peralatan Elektronik Industri (PMPEI) terhadap
prestasi pencapaian pelajar dan kebolehbgunaan modul. Modul ini dibangunkan
menggunakan strategi pembelajaran teradun yang berasaskan pembelajaran
inkuiri. Teori Konstruktivisme, Konstruktivisme Sosial, Connectivism dan Kognitif
Pembelajaran Multimedia dijadikan sandaran dalam membangunkan modul ini
dengan menggunakan platform WordPress. Manakala aktiviti pembelajaran dalam
111