Page 134 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 134
RURAGOGY merupakan kaedah PdP bagi pelajar pedalaman dalam subjek
IDA102 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu
dalam mendepani cabaran pendidikan sepanjang pandemik Covid-19 berlangsung.
Impak pandemik Covid-19 menyebabkan proses PdP di pusat pengajian tinggi
diadakan secara dalam talian. Walaubagaimanapun sistem pembelajaran secara
dalam talian berhadapan dengan banyak kekangan disebabkan perbezaan profil
dan demorafi pelajar yang berselerak di pelbagai tempat di seluruh negara.
Terdapat dalam kalangan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, mempunyai
rangkaian internet yang lemah dan datang daripada keluarga yang miskin. Faktor-
faktor inilah yang menjadi titik tolak kepada penghasilan inovasi RURAGOGY.
Kaedah ini dibentuk berdasarkan kepada teori pembelajaran secara dalam talian
oleh Muilenburg & Berge (2007) dan Pembelajaran Terbeza (KPM, 2019).
Muilenburg & Berge (2007) menggariskan beberapa faktor penghalang kepada
kelancaran pembelajaran secara dalam talian seperi masa, interaksi sosial, teknikal,
motivasi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran prasyarat. Manakala
pembelajaran terbeza pula menjelaskan bahawa guru perlu merancang pengajaran
mengikut situasi berdasarkan kepada keperluan murid yang berbeza-beza. Guru
boleh membezakan pengajaran dalam aspek kandungan pengajaran, proses,
produk, atau persekitaran pembelajaran. Tinjauan terhadap pelajar IDA102
menunjukan bahawa faktor-faktor dominan yang menghalang pelajar daripada
mengikuti pembelajaran secara dalam talian ialah faktor kemudahan ifrastruktur,
teknikal, motivasi dan interaksi sosial dan rata-rata daripada pelajar ini tinggal
kawasan pedalaman atau pun kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet
yang baik. Dapatan ini sekali gus menunjukkan bahawa pengajaran bagi subjek
IDA102 perlu dibezakan dalam bentuk proses pengajaran kerana pelajar di
kawasan bandar dan luar bandar mempunyai perbezaan dalam aspek rangkaian
internet. Kaedah RURAGOGY dibina untuk memudahkan proses PdP bagi pelajar
yang mempunyai rangkaian internet yang lemah. Aplikasi ini memberikan peluang
kepada pelajar pedalaman untuk menjalani proses PdP secara 3 hala sama ada
guru dengan pelajar, pelajar kepada guru atau pun antara pelajar dengan pelajar.
Pelajar dapat mengikuti PdP dengan melaksanakan konsep PAK21 iaitu 4K IN
walaupun dengan menggunakan rangkaian internet yang terbatas. Proses PdP
secara dalam talian seumpama ini dapat meningkatkan interaksi pelajar.
Seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana tidak berasa keseorangan
dan terasing daripada rakan sekelas yang lain. Lebih penting lagi, pelajar dapat
mengikuti proses PdP dengan lancar walaupun menggunakan kaedah PdP yang
berbeza dengan kumpulan pelajar yang mempunyai rangkaian internet yang baik.
Penggunaan kaedah PdP secara RURAGOGY boleh dikomersialkan kepada setiap
universiti dan semua institusi pendidikan kerana masing-masing mempunyai
masalah yang serupa.
KA57
OPDORT: OPTICAL SHADOW ART (OPDORT) IN PRESCHOOL
1
2
DOREEN TING , LAU KE JAI , AMELIA CHONG WAN NI 3
1,2 3
Methodist Pilley Institute, Sibu, Sarawak; University College of Technology,
Sibu, Sarawak
1 dslting@pilley.edu.my
130