Page 30 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 30
Jawapan: Telah di bawa ke dalam mesyuarat Kesatuan BPSM Pendidikan Malaysia dan
dalam proses perbincangan.
7.3.3 Usul MPSM Pulau Pinang yang ketiga mencadangkan agar semua jawatan di KPM
diwajibkan menyandang jawatan Pengetua sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun
sebelum dinaikkan ke gred jawatan pentadbiran yang lain.
Jawapan: Usul diiterima dengan pindaan.
7.3.4 Usul MPSM Pulau Pinang yang keempat memohon KPM menilai semula jenis-jenis
pertandingan yang dibenarkan untuk disertai oleh murid yang boleh mendatangkan
kecederaan fizikal atau kesihatan dalaman seperti muay thai.
Jawapan: Usul diterima tanpa dibahas.
7.3.5 Usul MPSM Pulau Pinang yang kelima mencadangkan pihak kerajaan mengganti
bayaran sewa kantin sekolah yang telah dikecualikan kepada pengusaha.
Jawapan: Usul ditolak.
7.3.6. Usul MPSM Pulau Pinang yang keenam semua pengetua berasrama diberi elaun khas.
Jawapan: Usul ditolak.
7.3.7. Usul MPSM Kelantan pertama, mencadangkan mencukupkan guru Bahasa Inggeris di
Kelantan.
Jawapan: Usul diterima dengan pindaan diseluruh negara.
7.3.8. Usul MPSM Kelantan kedua, semua pengetua dibekalkan Kad kenal Diri Pengetua yang
berkualiti dan seragam seluruh negara yang dipakai sepanjang bertugas.
Jawapan: Perkara ini di uruskan oleh MPSM Kebangsaan.
7.3.9. Usul MPSM Selangor pertama, mencadangkan supaya KPM khususnya BLTV untuk
melihat semula program PIMA (Program Industri Menengah Atas) kerana program ini
sangat baik dan memberi manfaat kepada pelajar khususnya kepada pelajar luar Bandar
dan golongan B40.Mohon BLTV membuat jerayawara kepada pengetua-pengetua
sekolah yang melaksanakan program ini.
Jawapan: Usul diterima.
7.3.10. Usul MPSM Selangor kedua, mencadangkan agar mewujudkan DG56 khas untuk
jawatan pengetua.
Jawapan: Usul diterima dengan pindaan agar jawatan Pengetua berada gred DG54
hakiki dan gred DG56 KUP selepas 3 tahun berada di gred DG54.
7.3.11. Usul MPSM Negeri Sembilan mencadangkan agar pelaksanaan SPM dibuat dalam
Sistem semester bermula daripada Tingkatan 4. Hal ini kerana apa-apa yang dilalui oleh
calon SPM sedia ada adalah sangat membebankan dengan mempelajari isi pelajaran
dan kemahiran selama hampir 2 tahun tetapi diuji dalam masa 1 hingga 3 jam sahaja.
Bilangan mata pelajaran pula adalah sangat banyak menyebabkan calon SPM
terbeban. Jika kita lihat penilaian pelajar pada peringkat yang lebih tinggi seperti
tingkatan 6, matrikulasi, program asasai, diploma dan seterusnya adalah dalam
penilaian semester yang mana calon SPM ini akan lalui. Malangnya peringkat SPM
menyediakan laluan sukar dan membebankan sehingga menyekat kecemerlangan
pelajar. Sistem semester ini boleh diseduaikan dengan tahap perkembangan