Page 31 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 31

kurikulum yang dirangka khusus secara bertahap. Pentaksiran pencapaian juga boleh
                                                  digunakan GPA dan GCPA dan tidak lagi bilangan A sahaja.
                                                  Jawapan: Usul diterima.

                                     7.3.12. Usul  MPSM Johor, mencadangkan  pengumpulan CRK/CR bagi GCR kakitangan awam
                                                  dimulakan pada tahun 2004. Pada masa tersebut, bilangan CRK untuk guru hanya 7
                                                  hari. Guru-guru yang bula bekerja pada tahun 2000 bertuah sebab mereka memang
                                                  boleh kumpul hingga  180 hari untuk GCR. Tiada masalah. Namun bagi guru-guru yang
                                                  telah mula bekerja sebelum   tahun 1990 , mereka telah kehilangan tempoh lebih lebih
                                                  daripada 10 tahun untuk menyimpan CRK mereka. Ini merupakan satu kerugian besar
                                                  kepada mereka, walaupun mereka telah menyumbang sepenuh tenaga untuk
                                                  menjalankan kewajipan mereka. Pada masa itu juga  mendapatkan kelulusan  untuk
                                                  CRK  adalah agak sukar. Ramai guru yang tidak mengambil CRK  pun dalam setahu
                                                  Jawapan: Usul ini ditolak.

                                    7.3.13. Usul  MPSM Melaka pertama, mencadangkan elaun Guru Kanan mata pelajaran (GKMP)
                                                 diberi   kepada sekolah Gred B sama seperti sekolah Gred A.
                                                 Jawapan: Usul ini telah dibawa ke dalam mesyuarat kesatuan bersama BPSM KPM dan
                                                 dalam peringkat perbincangan.

                                    7.3.14. Usul  MPSM Melaka kedua, wujudkan jawatan Warden Asrama bukan terdiri daripada
                                                 kalangan   guru.
                                                 Jawapan: Usul ini telah dibawa ke dalam mesyuarat kesatuan bersama BPSM KPM.

                    7.4.  Pengerusi menjelaskan perjuangan akan diteruskan selepas PRU ke-15, kertas kerja gred DG56
                        telah  dihantar  kepada  KPM  dan    telah  berjumpa  dengan  Perdana  Menteri.  Pengerusi
                        mengharapkan  pemuafakatan  MPSM  sangat  penting  agar      perjuangan    MPSM  diteruskan.
                        Pengerusi memberi penekanan peri pentingnya mewujudkan  hubungan baik dengan semua pihak.


                8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

                8.1.  YDP MPSM  Perak En. Harul bin Razali, mengucapkan tahniah kepada MPSM Kebangsaan kerana telah
                    berjaya  melaksanakan  persidangan  yang  sangat  meriah.  Tahniah  juga  atas  pelaksanaan  Mesyuarat
                    Agung  kali  pertama  tahun  2022  dan    berharap  persidangan  lebih  meriah    dan  perbahasan    akan
                    disambung dalam mesyuarat yang seterusnya dengan  lebih meriah. Tahniah juga  kepada semua negeri
                    telah membawa  pelbagai usul dan MPSM Kebangsaan telah bertindak membawa usul    tersebut kepada
                    KPM. Tahniah juga kepada semua perwakilan  MPSM seluruh negeri berjumlah 780 orang kerana telah
                    berada  sehingga  akhir    mesyuarat  agung  MPSM.  Tahniah  kepada  MPSM  Kebangsaan  kerana  telah
                    berjaya menguruskan  pendaftaran pertubuhan.

                8.2. YDP MPSM  Perak En. Harul bin Razali turut memberi beberapa cadangan seperti berikut:
                    8.2.1.  Takrifan yang wujud   dalam perlembagaan iaitu  Istilah Majlis Pengetua Seluruh Malaysia
                            takrifnya “pertubuhan” dalam perlembagaan  sedangkan  istilah “MPSM’ tidak dimasukkan
                            dalam takrif  pada  Fasal 1.
                    8.2.2.  Keahlian bukan secara automatik, memerlukan perincian kerana pengetua boleh dilantik  ke
                            jawatan lain seperti PPD dan di JPN.
                    8.2.3.  Fasal untuk negeri dan daerah tiada pengkhususan berkaitan klausa perlantikan 16 orang
                            daripada negeri dan jumlah yang berbeza setiap negeri.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36