Page 6 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 6

Rujukan Kami  :   MPSM/SU/08/01/002/Jld.6(15 )
                                                           Tarikh        :   21 Ogos 2023

                                               NOTIS PEMBERITAHUAN
                  Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kali Ke-2 Tahun 2023

               Semua Pengetua Sekolah Menengah Malaysia

               Tuan,

               NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG MPSM KALI Ke-2 TAHUN 2023

               Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.

               2.      Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung MPSM Kali Ke-2 Tahun 2023 akan diadakan
               seperti ketetapan berikut:

                       Tarikh:       24 September 2023 (Khamis)
                       Tempat:       Grand Ballroom
                                     KSL Hotel dan Resorts, Johor Bahru, City Centre
                       Masa:         9.30 malam hingga 10.00 malam

               3.      Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

                         i.   Ucapan Pemangku Presiden
                         ii.   Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung MPSM ke-60
                        iii.   Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti MPSM Kebangsaan dan Negeri
                              Tahun 2022/2023
                        iv.   Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan yang Berakhir
                              pada 31 Disember 2022
                         v.   Membahas Usul-usul
                        vi.   Ucapan penangguhan

               4.      Keprihatinan dan kerjasama tuan-puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung tersebut
               amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

               Sekian,

               “MALAYSIA MADANI”
               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

               Saya yang menjalankan amanah,


               (YM RAJA NORAZAM BINTI RAJA SALLEH)
               Setiausaha Agung MPSM
               s.k     1. Pemangku Presiden MPSM Kebangsaan Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
                       2. YDP MPSM Johor, Tuan Haji  Azman bin Shahadan
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11