Page 85 - portfolio pedagogi
P. 85
Lampiran H
JURNAL MINGGUAN
Minggu 1
Tarikh 1 Januari 200 – 5 Januari 2020
Peristiwa • Proses suai kenal dan penyesuaian diri di sekolah.
• Perhimpunan harian yang diadakan di Dataran Ilmuan
• Pelajar tidak menumpukan perhatian dan tidak memberikan kerjasama
yang baik dalam proses P&P walaupun guru menggunakan ABBM
ketika proses P&P
• Kegiatan kokurikulum yang diiadakan setiap hari rabu.
• Bacaan Yassin di Surau At-Taufiqayah pada setiap hari jumaat
Refleksi Sepanjang tempoh seminggu di sekolah ini, bermula daripada 1 Januari
2020 sehingga 5 Januari 2020, saya telah cuba untuk menyesuaikan diri
dan persekitaran suasana di sekolah. Selain itu, saya juga mewujudkan
hubungan antara kakitangan sekolah dan juga pelajar di sekolah ini. Pada
hari pertama saya mendaftarkan diri saya sebagai guru praktikal, guru
pembimbing dan juga pengetua telah mengadakan satu sesi taklimat
ringkas bersama saya bagi memberi sedikit pendedahan tentang suasana di
sekolah ini. Perbincangan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-
Khawarizmi. Perjumpaan tersebut tidak mengambil masa yang lama
kerana perhimpunan rasmi akan diadakan di Dataran Ilmuan sebentar lagi.
Pengetua dan guru pembimbing saya tidak kedekut dalam memberikan
sebarang ilmu atau informasi mengenai sekolah tersebut. Saya juga dapat
membuat sedikit analisis berkenaan kaedah yang sesuai dengan prestasi
dan tingkah laku pelajar di sekolah tersebut setelah ditaklimatkan oleh
pengetua dan juga guru pembimbing saya.
Setiap hari akan diadakan perhimpunan. Kesemua pelajar akan diminta
berkumpul oleh pengawas yang bertugas pada jam 7:10 pagi. Perhimpunan
ini akan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan beberapa
pengumuman yang diberikan oleh guru bertugas. Selain itu juga, setiap
hari akan diadakan tazkirah ringkas oleh setiap pelajar bagi makanan
riohani setiap muslim di sekolah tersebut. Aktiviti ini dapat membantu
pelajar bagi meningkat kemahiran bercakap dan mempunyai keberanian
untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Kehadiran pelajar akan
diambil oleh guru kelas ketika waktu perhimpunan. Namun tidaksemua
pelajar yang memberikan kerjasama. Hal ini kerana terdapat beberapa
pelajar yang sengaja datang lewat ke perhimpunan dengan alasan yang
tidak munasabah. Selain itu juga, pelajar asrama turut melengahkan masa
seperti meninggalkan kawasan asrama dengan lambat dan berjalan
lengang-lenggok. Perkara ini patut diberikan perhatian supaya, situasi ini
dapat dibendung.
Ketika sesi P&P di dalam kelas, sebahagian pelajar tidak memberi
tumpuan dan kurang fokus terhadap sesi pembelajaran dalam kelas
walaupun menggunakan ABBM. Hal ini kemungkinan kerana ABBM
yang digunakan tidak dapat menarik minat pelajar kerana hanya
menggunakan alatan yang membosankan. Selain itu juga, pelajar turut
membuat bising ketika guru sedang mengajar dan menggunakan slide serta
68 | P a g e