Page 86 - portfolio pedagogi
P. 86

modul. Namun, situasi ini mungkin terjadi kerana slide dan modul yang
                                digunakan hanya hitam putih serta grafik yang tidak menarik juga
                                merupakan salah satu faktor kurangnya tumpuan yang diberikan oleh
                                pelajar dalam kelas.  Guru  haruslah mengikut peredaran masa dalam
                                mengajar pelajar pada abad ke 21 ini. Oleh itu penggunaan modul serta
                                ABBM yang menarik dapat meningkatkan tumpuan pelajar terhadap
                                proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi pelajar
                                dalam pembelajaran. Justeru, penambahbaikan pada slide pembentangan
                                dengan menambah baik elemen grafik seperti menggunakan warna yang
                                menarik dan juga animasi yang dapat menarik perhatian pelajar. Gambar
                                yang ditunjukkan juga haruslah gambar yang mempunyai tarikan yang
                                bagus seperti gambar yang mempunyai warna dan situasi yang tidak
                                membosankan.

                                Pada hari rabu pula, aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum
                                berlangsung pada sebelah petang bermula dari jam 3 petang sehingga 5
                                petang. Selain itu juga, kegiatan kokurikulum yang diadakan akan
                                berselang seli dengan aktiviti sukan permainan, kelab dan juga badan
                                beruniform. Namun masih ada pelajar yang berdegil kerana tidak mahu
                                hadir ke aktiviti kokurikulum tersebut. Pelajar lebih suka tidur asrama dan
                                menggunakan alasan terlelap untuk tidak menghadirkan diri ke aktiviti
                                kokurikulum. Perkara ini haruslah diambil tindakan oleh pihak atasan
                                seperti melarang pelajar untuk kembalike asrama selepas waktu
                                persekolahan tamat. Oleh itu, pelajar akan berada di persekitaran kawasan
                                sekolah untuk menunggu waktu aktiviti kokurikulum.

                                Bacaan Yassin akan diadakan di Surau At-Taufiqayah pada setiap hari
                                jumaat. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib diadakan pada setiap minggu.
                                Pada setiap hari jumaat perhimpunan akan digantikan kepada bacaan
                                yassin bagi menghormati hari jumaat iaitu penghulu semua hari. Bacaan
                                yassin ini dijalankan pada jam 7 pagi sehinggalah selesai. Selain itu juga,
                                bacaan yassin ini dijalankan dengan penuh terib serta adab sopannya. Bagi
                                seorang guru, majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar
                                dan guru kerana kami sama-sama duduk di surau membacakan yassin dan
                                mengadakan sesi bersalaman selepas tamat bacaan tersebut.

                                Pada minggu pertama saya menjadi guru praktikal di sekolah ini saya telah
                                mendapati banyak nilai-nilai murni yang dipupuk dalam kalangan pelajar
                                mahupun guru di sekolah ini. Saya dapat melihat serta menilai perilaku
                                seseorang pelajar dan dapat mengetahui pendekatan yang sesuai yang
                                boleh digunakan untuk melakukan sesi P&P. Selain itu juga, saya dapat
                                melihat bahawa nilai-nilai keagamaan yang tinggi dalam kalangan pelajar
                                serta guru di sekolah ini. Namun setiap yang baik pasti ada kelemahannya,
                                saya melihat masih lagi terdapat beberapa kekurangan yang boleh
                                diperbaiki. Oleh itu, saya berharap semua pihak sama ada pelajar mahupun
                                guru boleh memberikan kerjasama yang baik untuk mencapat matlamat,
                                visi serta misi sekolah.







                                                                                               69 | P a g e
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91